Archive for the ‘Web’ Category

1Malaysia TV : Online TV

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Web by

So sekarang ni tak perlu beli tv untuk tengok rancangan tv. Cukup beli laptop atau pc dan subscribe streamyx sebab kebanyakan TV sekarang boleh tengok secara online. Yang terbaru adalah ERAMA.TV atau dikenali juga dengan nama 1Malaysia TV. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib baru baru ini.

Buat masa ini channel yang boleh ditonton ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah dan beberapa channel luar negara.

Untuk menonton sila klik di sini : Erama TV

 

Share

Konsert Fenomena Search 30 Tahun : 1 Hari lagi..

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Tawau Bloggers,Web by

OK semua band member Search sudah berada di Tawau. Walaupun aku tidak dapat menjemput mereka di airport kerana kerja tapi aku dapat tengok kehadiran mereka melalui facebook rakan rakan.

Pagi tadi masa tengah baca tweet, tiba tiba aku ternampak satu update dari @akuamysearch seperti dibawah :

Tu dia.. rock pun rock geng.. tapi Solat Jumaat jangan dilupa. Tapi aku mmg tidak terkejut Amy tweet macam ni sebab aku tengok memang Amy sejak kebelakangan ni memang menjurus kepada agama. Nik Aziz pun minat dia.

Ok well, hari ni juga dapat Media Pass tajaan Rockstar Entertainment. TQ kepada sis Maya yang sudi memberi kami Pass Media. So besok akan duduk di tempat VIP dan akan cuba utk review perjalanan konsert dari awal hingga akhir.

Jumpa di sana

Share

Tiket Konsert 30 Tahun Fenomena Search Masih Di Jual

Posted on the December 20th, 2011 under Aktiviti,Web by

Persiapan konsert Search sedang giat di jalankan. Team promosi juga sedang rancak mengadakan kaunter tiket bergerak di merata tempat strategik di daerah Tawau untuk memudahkan para peminat untuk membeli tiket kerana dikhuatiri tiket akan habis pada hari Konsert berlangsung. Dengar cerita 1 Sabah mau turun tawau hujung minggu ni.

Kaunter tiket di stesen bas Tawau

Pasar Minggu Takada

Pasar Ikan Tawau

Share

Tonton BPL Secara Online Menggunakan ESPN Player

Posted on the December 18th, 2011 under Software,Tawau,Web by

Kepada pelanggan Astro Sports Package, selain daripada menonton bola secara live di TV, sekarang ni boleh juga menonton live secara online dengan menggunakan ESPN Player. Servis ini disediakan oleh ASTRO.

Apa yang perlu kamu buat adalah mendaftar di laman web Astro. Tapi perlu di ingat yang hanya mereka yang melanggan Astro Sports Package saja yang boleh access service ini. Semasa pendaftaran, nama dan nombor kad decoder Astro hendaklah di masukkan sebagai bukti yang kamu ada langgan pakej tersebut.

Lepas itu bolehlah kamu klik link Stadium Astro dan seterusnya icon ESPN Player. Tidak hanya bola, beberapa sukan lain seperti Golf, Tenis, F1 dan lain lain juga ada disiarkan secara live.

Apa yang bestnya, kamu juga boleh menonton semula perlawanan yang kamu termiss kerana ESPN Player menyediakan feature On Demand.

 
Dari segi kelajuan streaming juga memang tidak mengecewakan. Setakat yang aku cuba dengan menggunakan kelajuan 512MB, kualiti streaming mmg baik walaupun kadang kala akan ada buffering tapi itu boleh di maafkan.

 

Link : Stadium ASTRO

Share

Cloud Computing = Pengkomputeran Di Awan Awangan?

Posted on the December 15th, 2011 under Internet,Web by

Pernah dengar term ni? Tidak tau apakah maksudnya? OK, aku jumpa satu video di Youtube yang bagus untuk explain semua ni.


 

Share

Harian Metro – Konsert Fenomena Search Di Sabah Sarawak Membabitkan kos 1.3 Juta

Posted on the December 14th, 2011 under Web by

Bila kos 1.3 Juta, apakah yang anda akan expect? Sudah pasti satu stage yang bagus, sound system yg superb dan performance yang bertenaga.

Sejak dulu pun aku tidak pernah lagi tengok Search buat konsert ‘cikai’ ni. Semuanya mesti power dan mantap. Sememangnya ini adalah konsert ‘Legenda’ yang sebenarnya bukan taraf karaoke dan stage rendah tak nampak artis perform di depan.

Tidak cukup dengan itu, artis yang buat opening act pun bukan cikai, Stacy beb. Siapa tidak kenal Stacy, sumandak Sabah yang menang AF hari tu.

Alamak telebih sudah..

Baca artikel penuh di sini

Share

MIVO.TV : Tonton Televisi Indonesia Secara Online

Posted on the December 12th, 2011 under Internet,Web by

Kepada peminat tegar sinetron Indonesia memang patutlah masuk lama web ini. Mivo.tv memaparkan secara live saluran TV di Indonesia seperti RCTI, MetroTV, TransTV dan banyak lagi secara percuma.

Cuma apa yang kamu perlukan ialah Internet berkelajuan tinggi seperti Streamyx. Kelajuan mininum adalah 512kbps. The higher the better utk memastikan streaming yg smooth.

Cuma yang tiba berapa best adalah web ini penuh dengan iklan dan pop up yang merimaskan. So make sure browser kamu ada pop up blocker.



Link : Mivo.TV

2 people like this post.
Share

Budihermawan.com Terpilih Sebagai Blogger Untuk Konsert Fenomena Search di Tawau

Posted on the December 4th, 2011 under Aktiviti,Web by

Wow, ini kira satu penghargaan selama aku berkecimpung dalam dunia blogging ni. Siapa tidak kenal Search? Otai rock di Malaysia sejak dulu lagi. Mungkin generasi sekarang kurang mengenali Search, tapi aku memang membesar dengan lagu lagu dorang ni. Kalau dulu siapa tidak tau lagu Isabella, tidak hanya di Malaysia tapi di Indonesia pun top. Kalau dulu lagu kita yang orang sana dengar, tapi sekarang ni terbalik geng. Kita plak yang dengar lagu mereka.

Aku ingat lagi dulu minat punya pasal sanggup beli keset Search. ya masa tu keset lagi. Mana ada CD, DVD ni geng. Harga pun tak semahal CD. Tidak silap aku masa tu aku masih darjah 6 dan sampai sekarang aku rasa itulah album Search yang paling terbaik sekali. Kalau dengar lagu lagu dalam album tu pun masih sedap di halwa telinga ku.

Personally, aku memang pernah jumpa dengan anggota band Search ni masa terlibat dengan AIM (Anugerah Industri Muzik) satu ketika dulu. Sempat bersalam dan borak sekejap dengan Amy. First tu ingatkan sebagai band Otai mesti agak sombong tapi tidak geng. Amy Search sangat humble. Murah dengan senyuman.

Ok now berbalik kepada cerita Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang akan berlangsung di Stadium Tawau pada 24 Disember 2011. Memang orang Tawau bertuah sebab Search pilih Tawau sebagai salah satu lokasi konsert. Dari apa yang aku tau, ini mungkin konsert terakhir Search. Lepas ni tak ada lagi dah. So peluang ini memang tidak boleh di lepaskan. Rockers dari seluruh Sabah kena datang.

Tidak cukup dengan Konsert, banyak aktiviti juga akan dijalankan pada siang hari iaitu Fiesta Tawau Gemilang 2011 di Perkarangan Stadium Utama Tawau. Memang confirm happening la tu nanti kan.

OK cukup setakat ini. More write up dan info pasal konsert akan di post di sini dari masa ke semasa.

Sebelum tu sila like FB Konsert Fenomena 30 Tahun Search

1 person likes this post.
Share

Youtube Berwajah Baru

Posted on the December 2nd, 2011 under Internet,Software,Web by

Hari ni masuk Youtube memang terasa janggal Layout web dia sudah berubah. Sekarang sudah ada menu di sebelah kiri yang mana ianya memaparkan channel subscriptions, Menu Youtube dan suggested Channels.

So adakah layout baru ini akan dapat respon positif dari users? Tunggu sajalah.




Link : Youtube

Share

QuranExplorer : Membaca, Mendengar & Memahami Al-Quran Secara Online

Posted on the November 18th, 2011 under Tazkirah,Web by

Biasanya pada malam Jumaat aku akan buka website ni untuk membaca surah al-kahfi. Tulisan Al-Quran dan terjemahannya di tulis secara sebelah menyebelah so senang pembaca untuk mengetahui maksud ayat yang di bacakan.

Ada banyak pilihan bahasa untuk terjemahan termasuk Bahasa Melayu. Pengguna juga boleh pilih untuk mendengar bacaan Qari seperti Sheikh Abdul Baasit, Sheikh Mishari Rasyid, Shiekh Saad Al Ghamdi dan ramai lagi.

Link : QuranExplorer

1 person likes this post.
Share