Archive for the ‘Tawau Bloggers’ Category
OK semua band member Search sudah berada di Tawau. Walaupun aku tidak dapat menjemput mereka di airport kerana kerja tapi aku dapat tengok kehadiran mereka melalui facebook rakan rakan.
Pagi tadi masa tengah baca tweet, tiba tiba aku ternampak satu update dari @akuamysearch seperti dibawah :

Tu dia.. rock pun rock geng.. tapi Solat Jumaat jangan dilupa. Tapi aku mmg tidak terkejut Amy tweet macam ni sebab aku tengok memang Amy sejak kebelakangan ni memang menjurus kepada agama. Nik Aziz pun minat dia.

Ok well, hari ni juga dapat Media Pass tajaan Rockstar Entertainment. TQ kepada sis Maya yang sudi memberi kami Pass Media. So besok akan duduk di tempat VIP dan akan cuba utk review perjalanan konsert dari awal hingga akhir.
Jumpa di sana

Konsert Search di Tawau semakin hampir. Tinggal 4 hari lagi. Pagi ni terbaca review konsert di laman web Kosmo! yang mengatakan inilah konsert terbaik Search dari segi penganjuran dan kehadiran penonton.
Siapa tau Konsert di Tawau akan lagi terbaik dari konsert di KL. Yang pasti persembahan yang sama akan dipersembahkan di Stadium Tawau 24 Disember nanti.
I’ll be there..

Kalau kamu peminat tegar Search memang perlu beli T-Shirt sekali sebab koleksi ini sangat rare. Hanya di buat masa ini sahaja. Sampai ke tua pun boleh dijadikan kenangan.
Untuk peminat area Tawau, T-shirt ini boleh di dapati di :
Kak Ruga Cafe
Sabindo Square (Depan Stesen Bas Sandakan)
Harga : RM25 Sahaja
1 person likes this post.
Lama tak update blog ni.. rasa kemalasan melanda diri.. tapi lepas balik dari semenanjung beberapa minggu lepas.. terasa tangan ingin menaip semula di blog.. terasa ingin share something pasal trip aku ke KL baru baru ni.. nothing special actually but at least ada sesuatu yang aku boleh ceritakan.
Trip kali ni bukan aku sorang.. ada ramai.. cukup ramai.. dalam 11 orang semua.. semua (except aku) transit sebentar di KL dalam beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan ke Sulawesi Selatan, Indonesia. Aku tidak join ke Indonesia tetapi aku telah spend time dalam seminggu di KL.
Berikut beberapa benda menarik semasa aku di sana :
1. I-City Shah Alam
First day sudah datang sini dan first time aku datang tempat ni.. tempat ni mmg marbeles.. dari jauh sudah dapat lihat lampu LED yang sangat cantik. City of lights gelaran diberi dan bercahaya sungguh tempat ni.. memang ramai orang datang sini pada waktu malam.. mungkin sbb time tu musim cuti sekolah.. masuk free.. tapi parking kena bayar RM 10.. agak mahal tu sbb aku dengar sebelum ni parking adalah percuma..
Mau ke tempat ni juga mudah.. ikut federal highway arah Klang.. lepas tol Rasah tak silap aku.. keep left and watch for sign board ‘I-City’.. dari tepi highway pun boleh tengok tempat ni..

Lampu di mana mana

My daughter pun ikut bercahaya
2. Melaka Bandaraya Bersejarah
Ini bukan kali pertama aku ke Melaka.. tapi yang menariknya kali ni pergi ramai ramai.. kitaorang sewa Innova dan aku jadi driver.. best jugak drive Innova ni.. lebih lebih utk long distance..
Time di Melaka.. for the first time aku naik Beca.. sebelum ni aku hanya jadi pemerhati saja.. this time tiba tiba teringin naik.. harga pun boleh tahan.. Rm15 dalam beberapa ratus meter sahaja.. tapi ok la.. bukan selalu..

Dengan Zarief di atas beca

My family di dalam Istana Kesultanan Melaka.. di belakang tu replika Hang Tuah sedang bertempur dengan Hang Jebat.. teka siapa menang?
On the way balik.. bawak rombongan singgah Nilai 3 dan makan sate kajang hj samuri..
3. KLCC
No need further explanation.. kata orang tidak ke KL namanya kalau tidak menjejakkan kaki di tempat ni..

Zarief berlatarbelakangkan KLCC
4. Jumpa Nakim..
Ini suratan atau kebetulan? Tiba tiba terserempak dengan Nakim dekat car park The Mines..kalau kira ikut rumus kebarangkalian add maths mmg tipis harapan aku jumpa Nakim secara tidak sengaja dekat KL ni.. penduduk KL ramai weh..masa tu aku baru balik dari LCCT hantar family gi Indonesia.. on the way ke rumah my sis aku divert sekejap ke The Mines..time tu aku nak balik dah.. Nakim baru sampai.. dari jauh aku dah mmg tau itu kelibat Nakim.. bila dah jumpa macam biasa la.. mesti kena lepak dulu..aku tak jadi balik rumah..first topik mesti pasal badminton.. tapi paling lawak masa tengah cerita tu ada pakcik tetiba menyampuk.. “kalau main badminton ni tak boleh agresif sgt kalau tak biasa main.. nanti sakit” kata pakcik tu.. sumpah aku ingat pakcik tu member Nakim..padahal tidak.. aku dengar saja lah.. tapi nasihat tu silap.. Nakim every week main badminton sejak 4 tahun lepas.. kastazzzz..
5. HTC Desire S
To be honest.. aku ni bukan jenis orang yg suka tukar tukar telefon.. kalau ikut sejarah last telefon aku pakai adalah Nokia N73.. aku guna sejak 2007.. kira lama jugak tu..dan aku ni memang fan Nokia.. sebelum N73 pun aku guna Nokia jugak.. 6630.. pokoknya dari dulu hanya pandang nokia sajalah.. tapi sekarang aku sudah beralih arah.. sekarang zaman smartphone.. zaman IOS dan Android.. tapi aku lebih tertarik kepada Android.. semenangnya apa Google buat aku memang suka.. kebetulan pulak N73 aku rosak.. screen cracked.. susah nak repair.. so alang alang menyeluk pekasam.. baik beli la yg up to date skit kan.. survey punya survey.. HTC Desire S ni la paling sesuai.. harga pun berpatutan.. tapi tu pun kena cari kedai jugak.. aku beli dekat area Subang Jaya..

So far sangat berpuas hati dengan HTC ni.. boleh facebook dan tweet di mana mana..
InsyaAllah aku akan review khusus untuk HTC Desire S ni.. biar aku pakai dulu..
6. Rasta @ TTDI
Zachy yang ajak lepak rasta..janji jumpa jam 6 petang.. tapi aku jam 5.30 ptg baru gerak dari puchong.. mungkin sudah lama aku tinggalkan tanah semenanjung ni so aku masih terbawa bawa keadaan di tawau ke sini.. time tu aku lupa yang jalan sungguh jem.. kul 7 baru sampai rasta.. nazar dan genervie kam pun ada.. byk cerita lama di kenang kembali.. lama aku tak gelak gelak cam ni..

at rasta
btw, aisyah sinclair pun ada kat rasta time tu.. tapi kitaorang tidak duduk semeja la.. dia sudah berambut pendek tapi masih lawa lagi.. haha..
7. Bumbu Bali Puchong..
Location based app seperti FourSquare atau Facebook Places memang ada kelebihannya.. a real life story ni.. on saturday aku pergi ke IOI Mall Puchong dengan tujuan utk menonton wayang dengan adik aku.. time sampai IOI aku terus Check In FourSquare.. so 1 dunia la tau di mana aku berada.. lepas keluar dari wayang aku sedar ada 1 message dari Facebook.. rupanya message dari Puan Enny Mulia.. junior ku masa belajar dulu.. tanya aku masih di IOI Mall ka.. aku jawab iya di facebook.. terus dapat call.. rupanya dia mau belanja aku makan.. kira dia mau tunaikan janjinya dulu la mau belanja aku makan.. aku tidak ingat pun janji tu.. tapi ya la kan.. kata orang orang tua rezeki jangan di tolak.. telah di set tempat berjumpa adalah di Bumbu Bali Puchong.. dekat saja dengan IOI Mall.. aku pun terus bergegas ke sana.. apa kitaorang makan… see for your self la kan..

Nasi Bumbu Bali Special

Aku tidak ingat nama menu ni.. tapi mmg special jugak ni
Sekali lagi terima masih kepada Puan Enny yang belanja makan hari tu.. mudahan murah rezeki mu enny.. amin..
Dan terima kasih juga kepada FourSquare.. kerana tanpa mu tidak mungkin aku di belanja hari tu..
8. Firefly 737-800
OK.. biasanya kalau balik Tawau dari KL aku akan guna Airasia direct flight from LCCT ke Tawau.. tapi kali ni agak berbeza sedikit.. aku memilih untuk naik Firefly.. tapi bukan direct ke Tawau.. kena ke Kota Kinabalu dulu baru guna perkhidmatan MasWings ke Tawau..
Why? Well sebagai pengemar dunia penerbangan.. adalah menjadi impian ku untuk merasa semua jenis kapal terbang syarikat penerbangan yang ada di Malaysia.. so far aku sudah pernah menaiki pesawat B737-400, B777, B747-400, Fokker F50, ATR 72, A320 dan A330.. so sekarang Firefly menggunakan pesawat jenis B737-800 yang aku selalu main di Flight Simulator X.. aku tidak pernah naik kapal ni.. so bila aku check memang firefly menggunakan pesawat jenis ni untuk route KUL – BKI.. lagipun tiketnya agak murah berbanding dengan Airasia walaupun kena menempuh perjalanan yang agak panjang.. 1 more plus point.. Firefly terbang dari terminal KLIA.. bukan LCCT..

Salah satu ciri unik yang ada pada B737-800 ni ialah Winglet yang di pasang di hujung sayap.. Winglet berfungsi utk mengurangkan kesan Vortice dan Drag terhadap pesawat

My breakfast dalam flight.. rasa OK tapi sepatutnya pilih yang ada satey sebab nampak lagi menarik..
1 person likes this post.

Entri aku kali ni agak lain dari biasa.. this time aku nak tulis sesuatu yang berbeza.. bukan review software atau tips macam mana nak download movie dari Internet.. but this time aku nak tulis mengenai apa yang aku tengok dan aku rasa sejak kebelakangan ini..
SHOWOFF.. aka Belagak aka Tembirang.. tu la mungkin perkataan yang sesuai kalau translate ke Bahasa Melayu.. sejak kebelakangan ini aku banyak jumpa spesis orang begini di mana mana.. berikut aku cerita beberapa kisah :
Kisah 1 : Kuatkan MP3 guna handphone di restoran yang tertutup
Kisah aku aku baru alami last week di Yasin Curry House Tawau.. masa tu aku sedang menikmati minum petang bersama rakan sekerja.. tetiba aku terdengar 1 lagu maher zain yang agak kuat tapi sangat annoying.. first aku ingat sound system restoran tu ada masalah.. tapi bila aku toleh belakang.. rupanya minah duduk belakang aku ni sedang show off handphonenya utk 1 restoran tu dengar..
Motif?
Nak tunjuk yang dia sajalah dalam dunia ni yang ada lagu maher zain.. orang lain tak ada.. then nak tunjuk handphone dia la paling power dalam dunia ni.. boleh main mp3.. dan ada speaker plak tu.. korang ada???
The truth :
Sound handphone tu sangat annoying.. aku rasa hp Nokia N73 aku ni lagi sedap.. tapi aku tak pernah nak show off tak tentu pasal.. kalau ada subwoofer ok jgk la..tapi trust me.. sgt menyakitkan telinga ku ..maybe ko ingat 1 restoran tu impressed dgn kecanggihan hp ko tu.. tapi the truth is.. semua orang pun menyampah.. semua orang pun pandang dgn muka meluat.. aku tak kisah nak show off hp tu dekat luar restoran.. at least kalau annoyed pun aku boleh blah.. tapi dalam restoran tu aku tgh menikmati minum petang aku.. dan aku tgh sedap best borak borak.. takkan aku nak blah macam tu saja.. member aku pun tgh sedang menikmati papaya juice yang dia ckp terbaek yang pernah dia minum.. (*and my friend is 100% from India)
Situasi 2 : Cakap kuat kuat dalam restoran
Cerita ni macam di atas jugak.. cuma tak guna handphone tapi guna suara yang tak sedap itu..
Motif : nak semua orang tau yang dia tu hebat.. so orang boleh respek dia.. dia rasa cerita dia la orang semua nak dgr.. kalah TV3..
The Truth : Tersangat annoying!.. i don’t care pasal apa dia cakap.. kalau dia nak show off.. baik masuk raja lawak tak pun AF.. aku nak makan.. dan aku nak makan dengan aman..
Situasi 3 : Tunjuk duit dalam Facebook
Benda ni makin banyak aku tengok.. tunjuk gambar dengan duit yang sungguh banyak dan ajak orang join sekali..
Motif : nak tunjuk 1 dunia yang mereka ni la yang paling kaya dalam dunia.. semua orang lain miskin..
The Truth : tak payah la nak kelentong.. duit tu bukan duit ko.. tu semua pinjam sbb nak mengabui mata orang lain.. 1 lagi.. kalau dah mmg kaya pun tak payah la nak show off duit kamu banyak.. bersyukur dan bersedekahlah banyak banyak.. lagipun aku tgk cara ni mmg tak kena.. kenapa perlu tunjuk duit then lepas tu paksa orang join.. macam pengemis la pulak!
Situasi 4 : Suka tunjuk terer pasal komputer padahal baru setahun jagung..
Ini lagi 1 situasi yang selalu aku tgk terutamanya budak hingusan yang baru kemarin pegang komputer.. baru pandai edit gambar guna photoshop skit dan show off nak mam!..
Motif : nak tekel awek.. nak awek semua suka kat dia.. sebab dia pandai IT.. dia cool.. nak semua orang tau yg dia ni terer tahap hacker..
The Truth : You nothing about IT.. i’ve studied IT for almost 4 years.. earned a Bachelor Degree.. worked as a IT Manager.. System Programmer and still i’m doing programming for my company although that’s not my main job.. tapi aku tidak pernah anggap aku terer semua benda.. selagi lama aku dalam industri ni selagi tu la aku rasa ilmu aku ni sangat kecil berbanding mereka mereka yang expert dalam bidang masing masing.. tapi budak budak skrg? baru buat web guna wordpress sudah self proclaimed web programmer!.. what the heck..
Ada mau tambah?
1 person likes this post.

Screenshot dari Facebook
Kepada ahli TBU, aku baru dapat pengesahan daripada Datuk Tawfiq mengenai jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama PM, ahad ini di Masjid Al-Khautar, Tawau.
Sila hadirkan diri sebelum atau pada jam 3.30 petang.
6 people like this post.

Jemputan dari Datuk Tawfiq melalui Facebook
Baru tadi Datuk Tawfiq approve aku dalam friend listnya.. ternyata Datuk masih mengenali aku dan TBU.. syukurlah.. personally bagi aku mmg Datuk Tawfiq adalah pemimpin yang mesra rakyat.. jumpa di mana mana pasti dia akan tegur..untung penduduk Apas dapat YB macam ni.. very approachable..
Datuk Tawfiq juga merupakan seorang blogger.. blog beliau boleh di baca di sini
Dalam komen facebook tadi, Datuk telah menjemput TBU untuk sama sama hadir dalam majlis berbuka puasa bersama YAB Perdana Menteri Malaysia pada 13 September 2009 bertempat di Masjid Al-Kauhtar, Tawau..
Nampaknya aku tidak dapat menghadiri majlis ni.. tapi tidak apa la.. aku tetap berbangga kerana TBU tetap di jemput.. Terima Kasih Datuk..
Kepada ahli TBU, sila hubungi Adry secepat mungkin.. kita kena confirmkan berapa orang datang then hubungi Datuk secepat mungkin.. and don’t forget bawak kamera.

Dengan kerjasama penganjur Konsert Sure Gegar @ Tawau, A.S Sdn Bhd, Tawau Bloggers Unity (TBU) melancarkan Peraduan Menang Tiket Konsert Sure Gegar @ Tawau. Tujuan peraduan ini adalah untuk mencari pemenang yang fanatik dengan band indie Hujan, Meet Uncle Hussain dan Aizat.
Bagaimanakah anda boleh membuktikan anda peminat fanatik band indie Hujan, Meet Uncle Hussain atau Aizat?
Syarat-syarat penyertaan:
Bermastatutin di Tawau
Warganegara Malaysia
Apa yang perlu anda lakukan untuk menang?
Kirimkan gambar anda (format jpg) yang membuktikan anda adalah peminat fanatik Hujan, Meet Uncle Hussain atau Aizat ke email tawaubloggers@yahoo.com Sebarang gambar dengan teknik editing akan dibatalkan.
Sertakan sekali, Nama Penuh dan No Telefon yang boleh dihubungi.
Pemenang peraduan ini akan mendapat 2 tiket percuma konsert Sure Gegar dan berpeluang berjumpa secara ekslusif untuk bergambar dan autograf bersama Hujan, Meet Uncle Hussain dan Aizat.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3hb April 2009 (Jumaat). Pemenang akan dihubungi sebelum hari konsert untuk maklumat lanjut.
Kunjungi blog Konsert Sure Gegar @ Tawau di http://konsertsuregegar.blogspot.com
1 person likes this post.

Last weekend, blogger sis Riani telah menjemput members of Tawau Bloggers Unity (TBU) utk datang open house di rumah dia @ Taman Megah Jaya, Tawau.. at first aku ingat ni just open house saja.. rupanya ada agenda lain iaitu meeting mengenai hala tuju TBU.. byk yg dibincangkan termasuk pembentukan AJK pertama TBU.. dan setelah dipersetujui oleh semua yg hadir maka terbentuklah AJK TBU seperti dibawah :


Last week, Maya sms aku dan bloggers yang lain memaklumkan tentang jemputan berbuka puasa bersama YB Datuk Tawfiq.. bila dengar tu aku terkejut jgk la.. ya la kan.. sapa la kita ni.. kita hanya blogger bukan ahli politik pun.. beberapa kali aku tanya c Maya adakah benda ni betul2 atau main main.. nampak c Maya macam serius.. so aku percaya saja la walaupun hati ku masih ragu ragu..
Sehingga tiba hari berbuka puasa tu semalam.. aku at first macam tak mau pergi sebab terasa badan aku masih belum fully recover.. tp oleh kerana semangat blogger, aku paksa diri ku utk menaiki bas dari Bandar Sri Indah ke Bandar Tawau.. majlis tu start jam 5 petang.. so jam 5 la aku bergerak Restoran Tawau Seafood tu.. sebenarnya aku baru tau kewujudan restoran ni.. ya la kan.. aku terlalu lama berada di semenanjung so aku masih belum aware kalau ada benda baru di Tawau ni.. nasib baik lah para petunjuk jalan aku sungguh cekap dalam menunjukkan arah restorang tersebut.. sebenarnya tak jauh dari CC adik aku..

Saudara Agus dan Junaidi

Maya, Budi, Sabrina dan Eza
Walaupun dress code hari tu adalah berbaju melayu.. tapi aku datang dengan memakai baju Tawau Bloggers yg baru siap..to be honest.. baju melayu aku belum ada.. masih mencari.. hahahaha.. lebih kurang jam 5.15pm atas pelawaan Datuk kitaorang pun masuk ke dalam restoran utk mengambil tempat duduk.. ada 8 bloggers yg hadir semalam + 1 akak adry.. Oh ya.. acara berbuka puasa ini sebenarnya di buat utk para ketua jabatan kerajaan di sekitar Tawau.. so semua kira boss la dalam restoran tu semalam.. dan Tawau Bloggers juga di jemput khas utk sama sama memeriahkan majlis.. Terima Kasih Datuk..lebih kurang jam 5.50pm, YB Datuk berucap.. dan apa yg menarik perhatian aku.. dalam ucapan beliau.. Tawau Bloggers telah di sebut dan di perkenalkan kepada semua tetamu yang hadir.. sekali lagi.. Terima kasih..

Yb Datuk memberi ucapan

Para VIP yang hadir

Meja Tawau bloggers
Tepat jam 6.07 petang, imam masjid besar Tawau membaca doa berbuka puasa dan hadirin di jamu dengan minuman sejuk, kurma dan karipap.. lepas tu kitaorang pun bersolat maghrib dengan berimamkan Datuk Tawfiq sendiri..
Lepas tu acara makan pun bermula.. dimulakan dgn sup dan cendol.. then keluar udang rebus dan kerang diikuti dengan ikan yg aku pun tak tau nama dia.. tapi tgk la gambar di bawah ni.. sungguh menyelerakan.. mmg betul la aku berada di restoran seafood.. hahahha.. masa makan tu sesekali YB Datuk datang ke meja kami utk berborak.. sebenarnya ada byk makanan lagi.. oleh kerana masa yg suntuk ramai hadirin terpaksa beransur pulang kerana waktu isyak sudah hampir tiba..











sebelum balik kami sempat mengabadikan gambar bersama Datuk.. Kami juga sempat di kenalkan dengan pemilik restoran Tawau Seafood iaitu en Rahim dan isteri beliau pn Rahimah yg begitu friendly.. Mungkin 1 hari nanti aku akan review restoran ni..Tawau bloggers sempat tapau ketam dan sotong goreng.. setiap hadirin juga di berikan cenderahati dalam beg hijau Giant.. dalamnya ya Allah.. macam macam ada.. sarung pun ada.. paling best ada coklat..

yeaa..dapat hadiah!

En Rahim, Owner Restoran Tawau Seafood

Pn Rahimah yang fotogenik, beliau juga owner Restoran Tawau Seafood
Sememangnya kami amat berbangga dapat jemputan sebegini terutamanya dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri..personally, aku amat tertarik dengan perwatakan YB Datuk Tawfiq.. beliau sungguh mesra dan very approachable.. walaupun aku jauh di semenanjung, tapi aku byk dengar tentang sumbangan pemimpim ini kepada rakyat dan sekarang baru aku tau kenapa..bagi aku, pemimpin begini lah yang perlu ada pada generasi sekarang..

TERIMA KASIH YB DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN KERANA MENJEMPUT TAWAU BLOGGERS KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERUSKAN USAHA ANDA MEMAJUKAN DAERAH TAWAU
Post Tawau bloggers : adrysabry, Puteri Ezza, Angrianiworld