Archive for the ‘Internet’ Category

1Malaysia TV : Online TV

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Web by

So sekarang ni tak perlu beli tv untuk tengok rancangan tv. Cukup beli laptop atau pc dan subscribe streamyx sebab kebanyakan TV sekarang boleh tengok secara online. Yang terbaru adalah ERAMA.TV atau dikenali juga dengan nama 1Malaysia TV. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib baru baru ini.

Buat masa ini channel yang boleh ditonton ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah dan beberapa channel luar negara.

Untuk menonton sila klik di sini : Erama TV

 

Share

Konsert Fenomena Search 30 Tahun : 1 Hari lagi..

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Tawau Bloggers,Web by

OK semua band member Search sudah berada di Tawau. Walaupun aku tidak dapat menjemput mereka di airport kerana kerja tapi aku dapat tengok kehadiran mereka melalui facebook rakan rakan.

Pagi tadi masa tengah baca tweet, tiba tiba aku ternampak satu update dari @akuamysearch seperti dibawah :

Tu dia.. rock pun rock geng.. tapi Solat Jumaat jangan dilupa. Tapi aku mmg tidak terkejut Amy tweet macam ni sebab aku tengok memang Amy sejak kebelakangan ni memang menjurus kepada agama. Nik Aziz pun minat dia.

Ok well, hari ni juga dapat Media Pass tajaan Rockstar Entertainment. TQ kepada sis Maya yang sudi memberi kami Pass Media. So besok akan duduk di tempat VIP dan akan cuba utk review perjalanan konsert dari awal hingga akhir.

Jumpa di sana

Share

Kosmo! menyifatkan Konsert Search di KL Sebagai Yang Terbaik.

Posted on the December 21st, 2011 under Internet,Tawau,Tawau Bloggers by

Konsert Search di Tawau semakin hampir. Tinggal 4 hari lagi. Pagi ni terbaca review konsert di laman web Kosmo! yang mengatakan inilah konsert terbaik Search dari segi penganjuran dan kehadiran penonton.

Siapa tau Konsert di Tawau akan lagi terbaik dari konsert di KL. Yang pasti persembahan yang sama akan dipersembahkan di Stadium Tawau 24 Disember nanti.

I’ll be there..

Share

Things To Do When The Internet Is Down

Posted on the December 17th, 2011 under Internet,Joke by

Share

Cloud Computing = Pengkomputeran Di Awan Awangan?

Posted on the December 15th, 2011 under Internet,Web by

Pernah dengar term ni? Tidak tau apakah maksudnya? OK, aku jumpa satu video di Youtube yang bagus untuk explain semua ni.


 

Share

MIVO.TV : Tonton Televisi Indonesia Secara Online

Posted on the December 12th, 2011 under Internet,Web by

Kepada peminat tegar sinetron Indonesia memang patutlah masuk lama web ini. Mivo.tv memaparkan secara live saluran TV di Indonesia seperti RCTI, MetroTV, TransTV dan banyak lagi secara percuma.

Cuma apa yang kamu perlukan ialah Internet berkelajuan tinggi seperti Streamyx. Kelajuan mininum adalah 512kbps. The higher the better utk memastikan streaming yg smooth.

Cuma yang tiba berapa best adalah web ini penuh dengan iklan dan pop up yang merimaskan. So make sure browser kamu ada pop up blocker.



Link : Mivo.TV

2 people like this post.
Share

Youtube Berwajah Baru

Posted on the December 2nd, 2011 under Internet,Software,Web by

Hari ni masuk Youtube memang terasa janggal Layout web dia sudah berubah. Sekarang sudah ada menu di sebelah kiri yang mana ianya memaparkan channel subscriptions, Menu Youtube dan suggested Channels.

So adakah layout baru ini akan dapat respon positif dari users? Tunggu sajalah.




Link : Youtube

Share

Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats

Posted on the December 1st, 2011 under Internet,Tips by

Aku selalu dapat komplen dari rakan sekerja yang mereka tidak boleh buka file Microsoft Word yang mereka download dari E-mail. Problemnya adalah file itu adalah dalam format Office 2007 (.docx) sedangkan versi Office di PC mereka adalah 2003. Mungkin ramai orang lain juga menghadapi masalah yang sama.

Tapi ini bukan masalah besar kerana Microsoft ada membangunkan satu tool yang membolehkan file Microsoft Office 2007 di buka pada Office 2000 atau 2003. Apa yang perlu dibuat ialah download file di bawah dan install.

Link : FileFormatConverters

Share

Code Academy : Belajar Untuk Jadi Programmer

Posted on the November 30th, 2011 under Internet,Programming,Tips by

Kepada yang berminat untuk jadi programmer atau ingin tau apakah itu ‘bahasa pengaturcaraan’ bolehlah mendaftarkan diri untuk belajar di Code Academy. Ianya PERCUMA.

Cara pembelajarannya memang senang, mudah di fahami dan sangat interaktif. Setiap coding boleh dilihat outputnya secara langsung dan setiap silibus disusun dengan rapi agar pelajar boleh faham secara step by step. In the end of the course mungkin ramai yang sudah boleh diiktiraf sebagai programmer.

Link : Code Academy

2 people like this post.
Share

Generatus : Social Media Status Generator

Posted on the November 30th, 2011 under Internet,Tips by

Sekarang ni memang trend kebanyakan orang suka update status facebook atau twitter setiap masa. Tidak dapat dinafikan status yang catchy dapat menarik perhatian orang.

Tapi tidak semua orang ada otak kreatif untuk mencipta ayat ayat sebegitu. So, jangan bimbang. Sila ke laman Generatus dan klik ‘generate’  untuk mendapatkan status yang lucu dan catchy dan paste sebagai status kamu. Mesti orang akan impress.

Link : Generatus

2 people like this post.
Share