Profile

  • Nama aku Budi Hermawan. Lahir di Kg Pukat Tg Batu Laut pada tahun 1977 dan membesar di Hilltop dan Batu Jalan Apas, Tawau Sabah Malaysia.
  • Walaupun nama aku semacam jawa akan tetapi aku 100% bugis
  • Aku memulakan persekolahan aku di SK Bandar Tawau (1984-89) dan seterusnya meneruskan persekolahan menengah aku di SMK Kinabutan Tawau (1990-92). Selepas SRP, aku telah dipindahkan oleh Jabatan Pendidikan Tawau ke SMK Tawau untuk meneruskan tingkatan 4-5 (1993-94) dalam aliran sains. Selepas SPM, aku telah diterima utk memasuki Matrikulasi UKM di UKM Kampus Sabah (tahun 1) dan seterusnya ke Pusat Matrikulasi UKM Kuala Pilah Negeri Sembilan (tahun 2). Seterusnya aku melanjutkan pelajaran aku pada peringkat ijazah di UKM Bangi dalam bidang geologi di Fakulti Sains Fizik & Gunaan. Tetapi, oleh kerana minat aku dalam bidang IT lebih kuat daripada bidang geologi, akhirnya pada tahun ke 2 pengajian aku di UKM, aku telah membuat keputusan untuk bertukar ke Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Kelana Jaya yang baru dibuka pada masa itu dan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT).
  • Kini aku sedang bekerja di sebuah syarikat yg berasaskan IT di Kelana Jaya Selangor sebagai System Programmer / IT Manager.
  • Hobi aku ialah melayari internet, chatting dan kadang kadang aku suka membuat programming bila ada masa terluang. Hobi terbaru aku adalah blogging