Software : Malaysia Radio v3

Posted on the August 19th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

mrv3

Semasa aku berada di semenanjung dulu.. salah satu rutin harian aku adalah mendengar radio.

Hampir setiap hari dalam perjalanan ku ke ofis.. aku akan meredah traffic jam di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang tersangat jem itu.. dan time tu lah aku akan mendengar radio untuk menghilangkan tension ku terutama terhadap pemandu yang suka potong line.

Sejak aku balik Sabah, aku sudah jarang dengar radio.. lagipun radio kegemaran aku, Hitz.FM, Mix.FM, Hot FM tidak dapat didengari di kawasan Tawau dan Sandakan.. kalau nak dengar pun kena dengar dekat Astro.. tak best!.. Sabah pun ada radio sendiri.. bukan aku tak suka dengar.. cuma aku tak suka dengar radio yang banyak cakap..

Baru baru ini aku terasa gian nak dengar Hitz.FM.. aku rindu nak dengar program GOTCHA! yang akan suka mengenakan orang..

Dalam zaman teknologi canggih ni..aku terfikir.. tak mustahil aku boleh dengar radio melalui Internet.. dan setelah beberapa ketika mencari akhirnya aku jumpa software ini..

Nama dia Malaysia Radio version 3.. guna software ini boleh dengar banyak stesen radio di Malaysia.. tapi aku tak cuba semua .. bagi aku yang penting stesen radio yang aku minat semua ada.. part paling best.. Hitz.FM dan Mix.FM tidak memerlukan bandwith yang tinggi.. so dengar guna streamyx tak akan tersekat sekat.. mungkin guna 3G pun cam tu..

Now, setiap pagi hidup aku diceriakan dengan celoteh Morning Crew Ian dan JJ hanya di Hitz.FM..

Software boleh di download di sini

7 people like this post.

5 Responses to 'Software : Malaysia Radio v3'

  1. August 26, 2009 at 1:31 PM
    Deanz69
  2. August 26, 2009 at 1:33 PM
    budihermawan
  3. December 31, 2009 at 9:33 PM
    berond
  4. January 2, 2010 at 10:37 AM
    Budi Hermawan
  5. January 13, 2010 at 9:34 AM
    skem89

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>