Archive for September, 2009

Cerita Balik Tawau

Posted on the September 29th, 2009 under Aktiviti, Personal by Budi Hermawan

Sekarang aku sudah berada kembali di sandakan.. lebih 1 minggu d tawau tidak terasa.. cepat betul masa berlalu..

Last week raya.. syukurlah tahun ni aku masih dapat berhari raya bersama keluarga.

raya1

namun begitu.. raya aku tahun ni amat sederhana.. baju raya pun tidak beli except baju melayu.. kena save budget skit.. rumah terbuka pun tak banyak aku yg aku pergi.. hanya keluarga terdekat dan rakan rakan terdekat.. so kepada rakan rakan yang jemput datang rumah.. so sorry sbb tak dapat datang.. insyaAllah next year kalau panjang umur..

yang hepi adalah anak aku Zarief di tambah lagi dengan kehadiran anak buah aku Irfan dari Perak mmg menghangatkan suasana.. habis rumah nenek dorang ni kerjakan.. cushion pun boleh buat jadi kuda dan motorsikal..

cuti aku sebenarnya 4 hari.. tapi aku telah kensel 2 hari cuti.. sbb skrg ni aku kalau cuti kena potong gaji sebab tak cukup lagi 1 tahun.. so agak rugi kalau cuti lama lama.. lagipun aku mmg on assignment di tawau.. kalau tak kensel mmg tak siap kerja..

raya3

masa di tawau sempat jalan jalan cari makan di Daily Q bersama brothers.. Boss CNB yang belanja makan.. di sini makan stail steamboat.. kena masak sendiri.. pilihan makanan mmg byk.. mostly seafood..byk rm25 saja dan boleh makan sampai pengsan.. byk jugak aku makan malam tu.. terutamanya udang dan ayam..

raya4

sabtu malam.. aku dan brothers pergi tgk malaysia cup antara sabah dan selangor di stadium tawau.. ni la first time aku masuk stadium tawau yang baru siap..first tu aku ingat mesti sabah kena belasah lebih lebih lagi lawan selangor.. champion liga super.. tapi  sabah hanya tewas 1-0..bagi aku sabah main OK tapi tiada finishing.. selangor pun nampak nervous sebab sabah selalu attack.. best chance sabah 1 minit sebelum masa pertama habis.. nasib baik gol keeper selangor cepat cover.. kalau tidak sure 1-1..

raya2

aku balik sandakan hari ahad.. sebelum balik aku sempat bermanja manja dgn my daughter amniey.. ya la melepaskan rindu la katakan.. sekarng amniey dah boleh ketawa dan senyum.. makin comel.. rasa geram tgk.. sebelum jalan sempat bisik dekat telinga dia yg ayah sayang dan rindu dia.. yg paling penting.. doakan agar dia jadi anak yang baik.. itulah doa yg aku selalu bisikan di telinganya bilamana aku mendukungnya.. moga Allah makbulkan.. amin.. sekarang ni pun ayah amat rindu dengan amniey dan zarief..

3 people like this post.

Selamat Hari Raya AidilFitri

Posted on the September 19th, 2009 under General by Budi Hermawan

9633_282043775191_521630191_9036566_3712613_n

1 person likes this post.

Balik Tawau

Posted on the September 16th, 2009 under Aktiviti, Personal by Budi Hermawan

TAWAU

InsyaAllah aku akan balik tawau esok pagi..

Sebelum ni aku mmg ada cakap pasal masalah pengangkutan untuk balik raya di tawau..

Semalam untuk pastikan kenderaan ada.. aku call penjual tiket di stesen bas sandakan… jawapannya agak merisaukan aku.. tiada tiket bas akan di jual.. hari sabtu kena datang ke bus stand dan first come first serve..

bermain di fikiran aku.. bagaimana kalau bas penuh??? walaupun ada bas tambahan akan di sediakan.. selagi tiada tiket dalam tangan.. bererti aku belum confirm akan balik.. raya hari ahad.. so kalau miss.. sure kena beraya di sandakan.. semuanya di luar kawalan ku.. jadi aku hanya berserah pada Allah saja..

Dalam tgh hari.. big boss ajak aku ke loji segaliud.. nak aku install something dalam PC di sana.. on the way tu.. bostanya aku..

Boss : “Are you going back to tawau for raya”

Aku : “yes.. hopefully”

Boss  :”why hopefully”

Aku : “just called bus operator just now.. they told me that they are not going to sell ticket for raya.. so i have to go to bus stand on saturday hoping that i can get a seat..i am sure lot’s of people are going back to tawau as well that day”

Boss : “nevermind la.. you go to tawau early.. this thursday.. do your work in Utara.. do you have work there?”

Aku :”of course.. need to talk to them about the maximo report that i’m working on”

Boss :”ok.. i will inform KK about this”

Aku : “thanks boss”

Syukur alhamdulillah..sekali lagi Allah menghulurkan pertolonganNya.. kalau kita mengharap pertolonganNya.. Allah pasti akan tolong..

aku teringat dalam bulan 7 dulu masa aku  menunggu kelahiran anak perempuan ku.. aku sentiasa berdoa agar aku dapat berada di tawau semasa kelahiran anak ku supaya aku boleh mengazankan di telinganya.. as a father that moment la yang paling berharga sekali..

seminggu sebelum kelahiran anak ku.. tiba tiba aku dapat arahan dari management untuk ke tawau selama seminggu untuk membantu konsultan dari KL yang akan melawat loji air di Tawau..

semasa di tawau.. kerja ku telah selesai pada hari rabu.. dan sepatutnya aku akan kembali ke sandakan pada hari khamis.. tetapi aku dapat arahan lagi dari management utk stay di tawau sampai hujung minggu..

Guess what.. rabu malam khamis tu.. anak ku telah lahir dengan selamat di muka bumi dan aku berada di hospital untuk mengazankan puteri kesayangan ku itu.. dan dua hari extra yang aku ada telah aku gunakan untuk mengurus surat beranak..

subnallah.. sungguh cantik perancangan Allah utk aku.. syukur Alhamdulillah.. Pertolongan Allah masih tidak putus.. yang penting kita harus tau bersyukur..

“Seek help in patience and As-Salat (the prayer). Truly, Allah is with As-Sabirun (the patient).” – Surah Baqarah V 153

“They plot & plan, and Allah too plans; but the best of planners is Allah” (Al-Anfal:30)

2 people like this post.

Wok Kundor

Posted on the September 16th, 2009 under News by Budi Hermawan

kalau ada orang tanya aku sapa orang paling terkenal di malaysia sekarang ni? aku pasti akan cakap wok kundor! kenapa? sebab ceritanya sekarang ni seantero dunia dah keluar.. CNN, BBC, AFP, PA, China Daily dll..

BBC

BBC

CNN

CNN

Daily Telegraph

Daily Telegraph

siapa sebenarnya wok kundor ni.. kenapa dia terkenal??.. well.. kepada siapa yang tak kenal.. mari aku bagi cerita sikit..

wok kundor ni dah kira tahap moyang kita.. umur dah mencecah tahap 107 tahun.. beliau masih ada suami yang 70 tahun lebih muda daripada dia.. masalahnya sekarang suami wok dah masuk pusat pemulihan dadah.. so sekarang wok dalam dilema.. rasa takut kot kot lepas ni suami akan berubah hati sebab jumpa wanita lebih muda dari wok.. so kalau benda tu terjadi.. wok nak cari suami lain.. kalau boleh kali ni yang berumur dalam area 50 an.. sebelum ni wok dah pernah berkahwin sebanyk 22 kali..

mungkin betul la apa orang kata.. cinta tidak mengenal usia..

2 people like this post.

Cerita di Hari Minggu

Posted on the September 13th, 2009 under Personal by Budi Hermawan

040620091652_640x480

Assalamualaikum wbt,

Hari ini genap 1 minggu lagi kita akan menyambut hari raya. . aku boleh imagine pasaraya dan kedai kedai jual baju sekarang sedang sesak.. malah ada kedai yang sanggup ‘extend’ waktu perniagaan pada masa masa begini.. seperti kata pepatah.. durian runtuh..

bagaimana pula dengan aku?.. hmm.. tahun ni aku sederhana saja la.. baju yang lama pun masih boleh pakai lagi.. cuma yang baru mungkin baju melayu yang sudah aku beli last week.. terasa juga ingin keluar kerana kebosanan di bilik tapi bila memikirkan tentang jauhnya perjalanan untuk ke bandar sandakan ini.. aku rasa baik aku duduk bilik sajalah.. lagipun keboringan itu dapat di hilangkan dengan adanya WIFI di bilik ni.

Hari ini rakan rakan TBU akan menghadiri Jamuan Berbuka Puasa bersama Datuk Seri Najib di masjid al-khautar tawau.. dari apa yang aku baca kemarin dalam newspaper.. seramai 10 ribu orang di jangka hadir.. memang meriah la nanti tu.. sure bandar tawau jem hari ni.. tapi apa pun TBU amat berbangga kerana diberi penghormatan kepada TBU dengan menjemput untuk bersama sama dalam acara tersebut.. kepada rakan rakan.. jangan lupa ambil gambar nanti…

Menjadi rutin aku setiap pagi lepas bangun untuk membaca news di Internet.. dan tadi aku terbaca tentang isu yang masih panas lagi sekarang iaitu isu tarian ‘Pendet’.. the truth is..masalah ini sebenarnya bukan berpunca dari kerajaan malaysia.. tapi kerana kesilapan Discovery Channel yang meletakkan clip video tarian Pendet untuk mempromosikan tentang kebudayaan malaysia.. kesilapan telah pun di akui.. dan maaf pun telah diberi.. so sepatutnya case closed.. tapi tidak bagi rakan rakan kita di Indon Indo.. mereka telah melancarkan kempen ‘Sweeping Malaysia’.. kesian jugak aku tgk pelajar kita di sana yang tidak pasal pasal menjadi mangsa.. media di sana pun lagi berminat untuk jadi batu api.. hampir setiap hari berita pasal isu ni timbul.. kalau ada 3 orang demo pun pasti akan masuk berita.. belum lagi kes bendera di bakar dan kedutaan di baling telur busuk.. daripada apa yang aku baca orang melancarkan kempen ni sebenarnya di bayar oleh pihak pihak tertentu.. mereka upah mat mat rempit yang tiada kerja untuk buat road block di jalanraya untuk cari orang malaysia.. biasa la kalau di indonesia ni.. semua mau jadi hero..Tapi aku tau bukan semua berpendirian begitu.. kemarin saja,  persatuan pelajar malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan persatuan pelajar indonesia dan hasilnya positif.. ya la.. kita ni macam adik beradik.. buat apa gaduh gaduh.. baik baik aja dong.. ngak usah ribut ribut..

Pagi tadi juga aku terbaca tentang kemenangan ‘orang orang’ samy vellu dalam pemilihan MIC… memang power betul c samy ni.. parti lain semua dah bertukar presiden.. tapi dia masih maintain lagi… rasanya dia la orang yang paling berkuasa sekarang ni… even Tun M nasihat MIC untuk tukar presiden pun dia masih lagi berkuasa… walaupun jelas jelas rakyat dah tolak dia masa PRU lepas.. tapi tiada siapa yang berani lawan dia… aku qoute kata kata dia dalam news hari ni :

“MIC kalah bukan kerana saya… MIC kalah kerana rakyat tidak suka BN”

Pergh.. hanya Samy yang berani berkata kata begini..

Akhirnya Kartika akan di sebat lepas hari raya aidil fitri.. aku tidak mau komen pasal hal ni.. tapi baru kemarin aku baca artikel mengenai kes ni oleh Dr Mohd Asri.. dan aku mmg bersetuju dengan pandangan beliau

3 people like this post.

Bertukar selera

Posted on the September 12th, 2009 under Aktiviti by Budi Hermawan

Mee goreng, telur, fish ball dan karipap

Mee goreng, telur, fish ball dan karipap

Sekarang ni rekod berbuka puasa sebulan dengan nasi kuning sudah tidak dapat di pecahkan lagi..

Last week.. ada sekali aku terpaksa berbuka selain dengan nasi kuning.. bukan kerana aku tak mau beli. tapi sebab habis..

Hari tu aku berbuka dengan mee goreng, fish ball dan karipap.. alhamdulillah cukup mengenyangkan..

Kemarin.. tiba tiba aku terasa nak berbuka sesuatu yang lain.. terasa nak makan sesuatu yang agak ’standard’.. berbuka setiap hari dengan nasi kuning pun pasti akan rasa bosan jugak..

Akhirnya aku memilih untuk berbuka dengan KFC dan kebetulan aku berkesempatan untuk singgah di KFC batu 7 kemarin on the way to office..

KFC Dinner plater + Nugget

KFC Dinner plate + Nugget

So far ini la makanan berbuka paling grand untuk aku.. kalau tahun tahun lepas.. pasti ada berbuka di luar seperti hotel dan restoran.. tapi this year agak sederhana buat aku..

Walaupun sederhana.. so far ini adalah antara ramadhan yang terbaik untuk aku berbanding dengan tahun tahun lepas.. Alhamdulillah..

2 people like this post.

TBU : Pengesahan Jemputan dari Datuk Tawfiq

Posted on the September 10th, 2009 under Tawau Bloggers by Budi Hermawan

Screenshot dari Facebook

Screenshot dari Facebook

Kepada ahli TBU, aku baru dapat pengesahan daripada Datuk Tawfiq mengenai jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama PM, ahad ini di Masjid Al-Khautar, Tawau.

Sila hadirkan diri sebelum atau pada jam 3.30 petang.

6 people like this post.

Imam Siraj Wahhaj

Posted on the September 9th, 2009 under Tazkirah by Budi Hermawan

Imam Siraj Wahhaj

Imam Siraj Wahhaj

Sekarang ni mmg kecenderungan aku untuk mencari tentang ceramah ceramah agama di Internet sama ada melalui penulisan ataupun audio visual.

Kalau dari segi audio visual semestinya laman web yang aku lawati adalah Youtube.

Memang banyak video yang berkaitan agama ada dalam Youtube ni. Hampir semua penceramah bagus bagus belaka..Tapi dalam banyak banyak tu ada beberapa telah menjadi “Favorite’ aku..

Salah satunya adalah Imam Sirah Wahhaj..

Beliau merupakan seorang muslim convert African American yang berasal dari Amerika dan sekarang adalah imam di masjid at taqwa, bro0klyn, new york. Selepas beliau memeluk islam, beliau telah melanjutkan pelajaran di University Umm Al-Qura of Mecca.

First time aku tengok ceramah beliau, aku sudah rasa kagum..

aku suka cara dia menyampaikan sesuatu.. sungguh prolifik dan penuh dengan pengisian..

Setiap ceramah beliau pasti akan menyentuh hati dan perasaan..kadang kadang rasa mau keluar air mata pun ada..

sebagai teaser.. aku letakkan beberapa video beliau yang aku ambil dari youtube :

Are you grateful?

You’re Beautiful

Way to paradise

3 people like this post.

Lailatul Qadar

Posted on the September 7th, 2009 under Tazkirah by Budi Hermawan

The term Lailatul Qadar is made of two words. In Arabic, Lailat means night and Qadr means honour and dignity. Therefore, the term Lailatul Qadr refers to the night of honour and dignity. It is this night in which the first Divine Revelation came to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, when he was in meditation and prayer in the Cave of Hira’. Since this night enjoys the honour of having the first revelation brought to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, it has been named Lailatul Qadr.

This is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhaan, most likely to be the 27th. The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person’s lifetime. So, on this night one should perform the night prayers, recite the Qura’n, do tasbih, zikr and du’as as much as possible.

This night had already opened its gates of treasures when the angel for the first time had come with the Divine Message in the cave of Hira, but its auspiciousness has continued to be with us permanently. Every year in the month of Ramadhaan, this night is given to the Ummah. Muslims engage in prayers, recitation of Qur’an and praying to Allah. As the Prophet sallalahu alayhi wasallam was reported to have said:

The person who offered prayers to Allah in the night of Dignity with faith and with hope of reward from Allah, all his past sins have been forgiven.” (reported by Bukhari)

In the Hadith, we have been asked to seek it in the last ten nights of the month of Ramadhaan. A’ishah radhiyallahu anhaa narrates that the Messenger of Allah sallalahu alayhi wasallam has said:

Seek the night of Dignity in the odd nights of the last ten days of Ramadhan.(reported by Bukhari)

By odd nights, the reference is made to the 21st, 23rd, 25th, 27th, 29th night of the month of Ramadhaan. No one night has been fixed so that the yearning to find it may increase and people may spend more nights in worshiping Allah. From this aspect, the importance of `Itikaaf (seclusion) during the last ten days of Ramadhaan is clear.

source : http://www.lailatulqadar.org/

1 person likes this post.

Ramadan di Tempat Orang

Posted on the September 6th, 2009 under Aktiviti by Budi Hermawan

Nasi Kuning & Air Kelapa sebagai juadah berbuka puasa

Nasi Kuning & Air Kelapa sebagai juadah berbuka puasa

Tahun ni sekali lagi aku merasa berpuasa ditempat orang.. kalau sebelum ni aku pernah menyambut ramadan di Tawau, KK, Kuala Pilah, Bandar Baru Bangi, Sungai Besi, Kelana Jaya dan Puchong.. this year aku menyambut ramadan di Batu 16, Sandakan..

Tempat ni mmg agak jauh dari bandar.. boleh dikatakan area ni kawasan kampung..

Setiap ramadan.. ada 1 tempat yang orang pasti akan carik.. Bazaar Ramadan..

Tempat aku ni mmg tak banyak bazaar ramadan.. cuma ada 1 sahaja.. iaitu di Kg Gum Gum.. tak jauh dari rumah aku.. dalam 1 km.. jalan kaki pun boleh..

Bazaar Ramadan Kg Gum Gum Batu 16 Sandakan

Bazaar Ramadan Kg Gum Gum Batu 16 Sandakan

Bazaar ni tak besar.. tak semeriah Bazaar Ramadan yang ada di SS6 Kelana Jaya, mau pun yang ada di Tawau.. gerai mmg tak banyak.. pilihan pun agak terhad.. tapi bagi aku apa yang ada pun sudah cukup bagus untuk aku.. cukup untuk aku berbuka dengan kenyang.. kalau pilihan banyak pun tak berapa bagus juga sbb mesti rasa mau beli lagi banyak..

Sekarang ni menu utama aku berbuka ialah Nasi Kuning..mmg makanan ni aku akan beli setiap hari hingga aku post ni.. aku tak pernah miss lagi berbuka nasi kuning.. dah kira wajib beli.. kalau tak beli rasa tak lengkap.. di samping itu aku juga beli kuih karipap dan air kelapa.. kadang kadang beli cucur udang atau martabak jawa.. tgk mood la..

Di sini aku akan berbuka seorang diri dalam bilik.. kalau sebelum ni biasanya at least 2-3 kali aku pasti akan berbuka di luar.. tapi di sini keadaan berbeza.. mmg tidak pernah lagi berbuka di luar.. tapi tak apa la.. it’s not a big problem..

Lepas maghrib aku akan pergi ke masjid Gum Gum untuk solat taraweh.. aku mmg impressed dgn penduduk kampung kalau dalam hal solat taraweh ni.. mmg meriah.. kalau on the way.. mesti dapat tengok semua penduduk kampung keluar menuju ke masjid.. tak kira tua atau muda.. mmg penuh.. sampai di luar masjid pun ada.. mmg happening..

Selain tu aku juga pernah singgah di bazaar ramadan Kinabatangan dan Sabindo Tawau..

Bazaar Ramadan Pekan Kinabatangan

Bazaar Ramadan Pekan Kinabatangan

Bazaar Ramadan Sabindo Plaza, Tawau

Bazaar Ramadan Sabindo Plaza, Tawau

1 person likes this post.