Archive for August, 2009

Ketua Menteri Sabah datang melawat Loji Rawatan Air Segaliud

Posted on the August 28th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

 

Staf Loji sedang menunggu kedatangan Datuk Seri Musa Aman

Staf Loji sedang menunggu kedatangan Datuk Seri Musa Aman

Malam tadi masa aku di Kinabatangan aku dapat sms dari Samasudin:

“Budi, kau kena datang segaliud esok jaga SCADA”

Straight away aku balas:

kenapa?”

Jawapan aku terima selepas itu:

“CM mau datang loji”

Awal pagi aku dah pakai smart skit.. ya la kan CM mau datang..

Sampai loji ramai dah ada.. hari ni semua staff di kerahkan ke sana..

Dalam jam 10.30 pagi.. CM sampai.. bukan naik kereta.. tapi naik helikopter.. landing di satu kawasan lapang di tepi tasik.. view mmg lawa

Sampai loji dia terus di beri taklimat.. lepas tu terus naik ke SCADA room.. kami dalam tu buat buat sibuk..

Lepas tu dia terus ke Lab, DAF, Filter dan Contact Tank..

CM sedang diberikan taklimat mengenai SCADA

CM sedang diberikan taklimat mengenai SCADA

 

Dalam Lab, contractor siap minum air dalam lab tu untuk membuktikan yang air dalam loji tu bersih.. they did offer to CM, tapi CM cakap “sorry, i’m fasting”

Dalam 30 minit lepas tu.. dia terus naik heli balik ke bandar Sandakan untuk solat jumaat..

Sebenarnya ni lawatan tak rasmi.. cuma kebetulan CM berapa di Sandakan hari ni.. so dia singgah sekejap untuk melawat walaupun jadual dia agak padat..

Mungkin lawatan ni disebabkan oleh beberapa laporan media mengenai air Segaliud yang tercemar..

Kepada penduduk Sandakan, percayalah air yang anda minum adalah selamat..

Di sebat atau tidak di sebat?

Posted on the August 25th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

from www.harian.com.my

Sumber gambar : www.harian.com.my

“akak tidak puas hati la Budi tentang hal ni.. mana adil kalau wanita minum arak kena rotan tapi kaum lelaki yang buat tidak pernah kena pun.. akak mmg kurang setuju”..

Begitulah luahan kakak Rosimah petang tadi bila baca berita tentang hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.. masa aku tengah buat kerja aku yang tidak jauh dari tempatnya di Loji Air Kinabatangan..

Aku hanya pandang balik dengan tersenyum sambil menganguk..

Soal hukum ni aku tak mau komen.. tapi kalau fikir mmg ada betul jugak kata kata kakak tu.. to be fair.. semua yang kena tangkap mesti di kenakan hukum yang sama..

What say you???

Mayat Dalam Tangki?

Posted on the August 24th, 2009 under Aktiviti by Budi Hermawan

Masa aku datang ke Loji Rawatan Air Segaliud minggu lepas, Shift Supervisor yg duty hari tu ada borak dengan aku di Lab

SS : “Budi, ko ada dengar apa apa cerita tentang loji ni?”
Aku : “Tak ada pun. kenapa?”
SS : “Sekarang ni heboh 1 Sandakan berita pasal ada orang Timur mati di dalam tangki air loji ni. Sebab tu bau air lain”
Aku : “Eh sejak bila ada orang mati dalam tangki tu?”
SS : “Tu la.. semua orang telefon aku sekarang tanya betul ka tidak cerita tu..aku bagitau la memang tak ada pun orang mati kalau ada pun mesti kita tau dulu”
Aku : “Siapalah yang reka reka cerita ni..”
SS : “Itu la jugak.. lagipun sejak bila ada Timur kerja di loji ni”
Aku : “hahhaha..”

Sabar hadapi ujian dijanjikan syurga

Posted on the August 23rd, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

patience1

SESEORANG yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

4 people like this post.

Selamat Menyambung Ramadhan

Posted on the August 20th, 2009 under Tazkirah by Budi Hermawan

Aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada rakan rakan semuslim tidak kira di mana juga anda berada.. semoga kita semua mendapat berkat dan pahala yang tidak terhingga di bulan ramadhan tahun ni.. insyaAllah..

Oleh kerana Ramadhan hanya setahun sekali, mungkin ramai yang lupa niat puasa.. so as a reminder.. hafal la niat di bawah ini :

1. NIAT PUASA

(mod) niat puasa

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

2. NIAT BERBUKA PUASA

buka_puasa

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Software : Malaysia Radio v3

Posted on the August 19th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

mrv3

Semasa aku berada di semenanjung dulu.. salah satu rutin harian aku adalah mendengar radio.

Hampir setiap hari dalam perjalanan ku ke ofis.. aku akan meredah traffic jam di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang tersangat jem itu.. dan time tu lah aku akan mendengar radio untuk menghilangkan tension ku terutama terhadap pemandu yang suka potong line.

Sejak aku balik Sabah, aku sudah jarang dengar radio.. lagipun radio kegemaran aku, Hitz.FM, Mix.FM, Hot FM tidak dapat didengari di kawasan Tawau dan Sandakan.. kalau nak dengar pun kena dengar dekat Astro.. tak best!.. Sabah pun ada radio sendiri.. bukan aku tak suka dengar.. cuma aku tak suka dengar radio yang banyak cakap..

Baru baru ini aku terasa gian nak dengar Hitz.FM.. aku rindu nak dengar program GOTCHA! yang akan suka mengenakan orang..

Dalam zaman teknologi canggih ni..aku terfikir.. tak mustahil aku boleh dengar radio melalui Internet.. dan setelah beberapa ketika mencari akhirnya aku jumpa software ini..

Nama dia Malaysia Radio version 3.. guna software ini boleh dengar banyak stesen radio di Malaysia.. tapi aku tak cuba semua .. bagi aku yang penting stesen radio yang aku minat semua ada.. part paling best.. Hitz.FM dan Mix.FM tidak memerlukan bandwith yang tinggi.. so dengar guna streamyx tak akan tersekat sekat.. mungkin guna 3G pun cam tu..

Now, setiap pagi hidup aku diceriakan dengan celoteh Morning Crew Ian dan JJ hanya di Hitz.FM..

Software boleh di download di sini

7 people like this post.

Lawak Tapi Benar

Posted on the August 17th, 2009 under General by Budi Hermawan

cartoon

Jaringan Sosial

Posted on the August 16th, 2009 under General by Budi Hermawan

facebook

Sekarang nak cari kawan tak susah.. boleh buat secara online.. just register mana mana web social networking seperti Facebook, Friendster, Tagged dan banyak lagi..

Lepas tu cari la kawan ramai ramai… orang yg tak dikenali pun boleh add.. pas tu baru boleh berkenalan.. tak perlu jumpa di dunia realiti.. hanya cukup ‘borak’ dekat Internet..

Aku pernah tanya kawan aku dulu.. di mana dia jumpa pasangan hidupnya.. dia cakap.. Friendster.. aku kagum..sampai begitu sekali berkesannya benda ni.. sampai boleh sampai ke jinjang pelamin..

Sekarang aku layan Facebook.. selain tu aku ada jugak akaun Friendster dan Tagged.. tapi aku prefer Facebook sebab features dia lagi gempak dan advanced.. sesuai utk org dewasa macam aku.. Friendster ni lebih kepada remaja remaja bawah umur..

Tapi hati hati dengan Facebook ni.. dia boleh buat orang ketagih.. dan akulah mangsanya.. sekarang tiap minit aku check facebook aku.. kalau tak check rasa tak sedap badan.. pernah org ckp dengan aku.. “Budi, ko ni tak ada kerja lain ke selain Facebook”..

Up to this date.. friends aku dah dalam 400 lebih.. most of them kawan yg aku mmg kenali.. member sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan masa dekat U.. semua jumpa balik dekat Facebook.. ada yg dah ada anak 3 dan yg dah 2 bini pun ada..syukur Alhamdulillah semua sudah berjaya dgn hidup masing masing..

Facebook aku buat dilawati di sini

Selsema Babi, H1N1, Influenza A

Posted on the August 16th, 2009 under Personal by Budi Hermawan

virus ni mula dikesan di mexico beberapa bulan lalu.. asalnya dari babi yg demam.. lepas tu berjangkit kat manusia..

sekarang hampir semua negara dah kena virus ni.. tapi tak hairan sbb sekarang dunia makin kecik.. hari ni aku boleh berada di sandakan.. besok malam aku dah boleh berada kat new york..

Di malaysia tak silap aku.. first case di kesan awal bulan 5.. virus tu di bawak dari oversea oleh rakyat malaysia yg melancong ke sana.. tapi sekarang dah locally transmitted.. maksudnya sapa sapa pun boleh jadi carrier virus tu..

Dah ramai mati sbb virus ni… di malaysia saja dah berpuluh puluh… orang dah mula takut.. bila dah takut baru ada kesedaran.. 4 hari lepas masa aku makan ikan bakar dekat sim sim.. aku ada nampak 1 famili makan dekat situ.. ada 5 org semuanya… semua pakai mask…

ofis aku dah kenakan syarat setiap pagi kena amik suhu setiap org.. sapa sapa yang lebih 38 c, akan dinasihatkan utk ke hospital.. mungkin dah kena H1N1..

sekarang aku malas nak jalan kemana mana.. takut kena virus.. lagipun sandakan ni ramai sgt pelancong.. kat mana mana boleh jumpa.. ada yg naik bas.. naik basikal.. dan yg jalan kaki pun pernah aku jumpa.. dia p mana aku pun tak tahu.. aku tgk mat salleh ni pun datang sini langsung tak pakai mask.. mungkin konfiden tak kena virus.. atau pun datang saja nak sebarkan virus tu kat sini..

Cita cita Ahmad Zarief

Posted on the August 16th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

010620091639

Perbualan ini berlaku antara aku dan Ahmad Zarief dalam minggu lepas melalui telefon..

“Ahmad sudah makan?”

“Sudah ayah”

“Tadi ayah nampak kapal terbang MAS Wings yang Ahmad naik dgn Ibu masa datang Sandakan hari tu”

“Yang ada kipasnya tu ayah?”

“A’ah.. nanti ayah balik sana kita main kapalterbang lagi ya.. ayah jadi pilot, Ahmad jadi co-pilot”

“Tapi sekarang Ahmad mau jadi doktor la ayah”

“haa baguslah tu… hari tu masa adik lahir di hospital tu ahmad ada tgk kan ada ramai doktor di situ. begitulah kerja ahmad nanti”

“kalau begitu ayah mau jadi pilot la ayah”

Pulak dah!

1 person likes this post.