Archive for December, 2008

Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009

Posted on the December 31st, 2008 under General by Budi Hermawan

Ini adalah post aku yg terakhir utk tahun 2008.. beberapa jam lagi tahun 2008 akan melabuhkan tirainya dan muncul la tahun 2009.. macam biasalah kalau tahun baru ni.. org mesti akan memperkatakan ttg azam baru.. mau tau apa azam baru aku tahun 2009 ni? well.. macam biasa la.. mau jadi yg baik dari tahun lepas.. dan macam macam lagi yg.. yg penting semuanya yang baik baik.. to the tell you the truth.. aku mmg jarang memasang sebarang azam tiap kali tahun baru ni.. sbb aku tidak memerlukan setiap kali tahun berubah baru memasang sebarang azam..

Bagaimanakah keadaan aku dalam tahun 2008 yg akan aku tinggalkan ni? well.. there were few ups and downs.. macam biasala kan.. hidup tidak sentiasa sempurna.. mau cerita mmg panjang.. so aku pendekkan la jadi point form :

  • aku bersyukur sbb tahun ni aku telah dipertemukan dengan rakan rakan baru yg best best.. first adalah geng bassminton aku.. kenapa panggil BASSminton instead of Badminton? sbb hampir semua geng aku ni adalah bassist tak pun ahlil musik yg otai.. aku saja la yg tak terer main instrument seperti mereka.. tp kalau part badminton aku mungkin terer sedikit daripada mereka.. mmg fair kan.. yg bestnya bukan saja berjumpa di court badminton.. kitaorang banyak buat aktiviti d luar court seperti makan makan.. dan makan makan.. hahahah.. to zachy, nakim, peah, norman, areep, xavier, genervie, ella, zul mahat, zul hasan, mutter, suzzane, emily, ritz, syep, jj, amirul dan semua geng geng bassminton yg aku tak sempat nak d sebutkan d sini.. i’m gonna miss u guys in 2009.. kedua dalah geng TBU atau Tawau Bloggers.. mereka ini la kawan kawan aku sekarang time berada di tawau.. byk aktiviti yg aku buat dengan geng geng TBU ni.. insyallah tahun depan akan lebih byk aktiviti yg akan di anjurkan
  • Anak kesayangan aku Ahmad Zarief dan 3 tahun.. cepat betul masa berlalu.. skrg dah semakin becok bercakap dan kadang kadang aku tak kuasa nak melayan celotehnya.. tp yg tu la yg aku akan rindu bila berjauhan dengan dia..
  • aku akhirnya membuat keputusan utk berhijrah ke tawau setelah hampir 12 tahun bermastautin di tanah semenanjung.. reason? hanya 1 sbb iaitu FAMILY.. its time for me to concentrate on my family after away from them for 4 years.. mmg sedih terpaksa meninggalkan tanah semenanjung tp aku yakin inilah keputusan yg terbaik.

Apakah yg bakal aku lalui 2009 nanti? hmm.. mmg agak mencabar.. sekarang ni pun aku masih menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kehidupan yg agak berbeza yg selalu aku jalani sebelum ni.. it’s going to be tough tp itulah cabaran.. tp aku looking forward utk tahun 2009 sbb tahun depan Insyallah aku akan menjadi seorang ayah.. hopefully semua akan baik baik belaka..

HAPPY NEW YEAR 2009

From

Budi Hermawan

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430H

Posted on the December 28th, 2008 under General by Budi Hermawan

Aku ingin mengucapkan selamat tahun baru maal hijrah kepada semua. Semoga tahun ini, Allah akan sentiasa memberi keberkatan dan pelindungan kepada kita.. amin

Doa Akhir Tahun Baru :

Doa Awal Tahun

Loss Weight Forever – 50 Habits of Natural Thin People

Posted on the December 27th, 2008 under General by Budi Hermawan

Good tips on how to lose weight.. maybe a good advice for people like me.. hahaha

Download the Ebook HERE

Tawau tanah tumpah darah ku

Posted on the December 24th, 2008 under General by Budi Hermawan

Lebih kurang 3 bulan sudah aku berada di Tawau, tanah tumpah darahku yang telah aku tinggalkan lebih kurang 12 tahun demi untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki di tanah semenanjung. Akhirnya aku telah buat keputusan untuk berhijrah ke tanah kelahiran aku ini demi keluarga dan untuk menyumbangkan sesuatu yang berguna untuk daerah aku yang tercinta ini. Sebenarnya bukan ini yang nak aku ceritakan di sini tetapi sesuatu tentang beberapa perkara menarik yang dapat aku perhatikan selama aku berada di bumi bertuah ini :

  • memandu di Tawau ni memerlukan penumpuan yang lebih.. bukan tumpuan kepada kenderaan lain tapi orang melintas jalan. Dalam beberapa kejadian aku hampir melanggar beberapa orang yang sedang melintas jalan. Bukan kerana aku laju ka apa, tetapi ada kecenderungan dikalangan pelintas jalan di Tawau ni untuk melintas sesuka hati tanpa memperdulikan kereta yang sedang bergerak laju.. dalam kata lain, mereka anggap kereta akan berhenti bila mereka akan berjalan.. bukan sebaliknya.. mungkin mereka bayar road tax kot so boleh melintas sesuka hati..
  • Tawau ni mmg terkenal dengan makanan yang murah.. tapi apa yg aku perhatikan mungkin gelaran ini kurang tepat.. aku perhatikan ada banyak restoran yang overcharged pelanggan. Even lebih mahal dari harga di semenanjung walaupun makanan seafood.
  • Walaupun begitu bukan semua tempat makan yg mahal.. di Tawau ni aku dapati ada banyak jugak tempat yang boleh makan dengan harga yang murah.. contohnya di area ABC dan Sabindo.. aku pernah order Mee Goreng.. hanya RM3.50.. yang bestnya campurannya ada ayam dan udang.. worth it la sebab aku pernah order menu yang sama di satu restoran lain.. campuran dia hanya ayam saja.. tapi charge RM5.00.. lepas tu kalau nak murah lagi.. boleh try nasi ‘bambong’.. hanya rm RM1.70 saja siap ada nasi, ikan dan sayur..
  • Kalau siapa siapa yang datang Tawau pasti akan perasaan kenderaan yang ada di jalanraya Tawau ni.. majoritinya adalah 4 Wheel Drive.. nampaknya kebanyakan orang di Tawau ni prefer kereta besar.. mungkin juga kerana faktor jalan di Sabah ni yang belum secanggih di semenanjung.. tapi ada juga yang beli kereta tu untuk tujuan menunjuk.. kata orang putih.. the bigger the better..
  • Orang di Tawau ni terutamanya orang orang muda tidak ketinggalan juga dari segi kecanggihan teknologi.. ramai yang ada Friendster, MySpace atau Facebook..
  • Muda mudi di Tawau juga telah dilanda dengan demam Shuffle.. aku agak terkejut jugak bila sampai Tawau dulu tengok gaya gaya orang di Tawau ni.. di situ la baru aku tau yang tu Shuffle.. so maksudnya orang di Tawau ni tidak lah ketinggalan

Ada siapa siapa yang nak tambah?

1 person likes this post.

Perkhidmatan Internet TM terganggu

Posted on the December 22nd, 2008 under Uncategorized by Budi Hermawan

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Perkhidmatan Internet Telekom Malaysia Berhad (TM) kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Eropah.

TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast Asia Middle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Itali dan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangka beroperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.

Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akan alami sambungan Internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utara dijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalah seperti sediakala.

Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih “perkhidmatan Internet” atau di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya.

- Bernama

Manchester United vs Real Madrid..SIDANG MEDIA GEMPAR!!!

Posted on the December 18th, 2008 under General by Budi Hermawan

Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Manchester United dan Real Madrid akan diadakan pada tahun depan sempena dgn persaraan Sir Alex Ferguson sebagai jurulatih Manchester United. Walaupun tarikh masih belum ditetapkan, tetapi sidang media telah diadakan bagi mengumumkan ttg perlawanan yg amat bersejarah ini. Adalah dijangkakan kedua dua pasukan akan menurun pasukan terbaik dimana pemain akan dipilih daripada bekas bekas pemain yg pernah mewakili kedua kedua pasukan.

Pada sidang media itu juga, 2 pemain superstar yg mewakili pasukan Manchester United iaitu ‘Ronaldo’ dan ‘Robinho’ yang pernah mewakili Real Madrid juga hadir. Tetapi keadaan sedikit tegang apabila ketika sidang media kedua dua pemain tersebut hampir bertumbuk sesama sendiri oleh kerana beberapa sebab yg masih belum diketahui. Berikut adalah beberapa gambar insiden pergaduhan antara kedua pemain tersebut yg sempat ditangkap oleh wartawan yg menghadiri sidang media tersebut.

Agihan ASB 8.75 sen

Posted on the December 16th, 2008 under General by Budi Hermawan

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak tujuh sen dan bonus 1.75 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2008, menjadikan pulangan keseluruhan 8.75 sen seunit.

Jumlah pengagihan pendapatan ASB adalah lebih rendah berbanding tahun lalu yang berjumlah lapan sen tetapi pembayaran bonus, sebaliknya meningkat 0.75 sen seunit daripada satu sen sebelumnya.

PNB pernah mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus tertinggi berjumlah 11.25 sen pada 2000, yang mana 9.75 sen bagi agihan pendapatan, manakala dua peratus adalah bonus.

Freezer: download MP3s from Imeem, Deezer, Jiwa.Fm; possibly others

Posted on the December 11th, 2008 under Uncategorized by Budi Hermawan

Freezer is a free, portable program that can download mp3s from some song sharing sites that such as Imeem, Deezer or jiwa.fm that use anti-leeching protection to prevent song downloading. If you are familiar with the music sharing sites mentioned above you’re probably thinking that Freezer is very good news indeed. This program was apparently written to prove a point; to quote their site “[it] was built as a proof-of-concept to demonstrate that whatever effort is made to prevent songs downloading, those sites are still very unsecure concerning the way musics are diffused”. It continues …”the [proof of concept]will probably be extended to more sites, as it is based upon an inherent flaw they all have in their streaming scheme.”

DOWNLOAD

Promosi murah tambang MAS Tawau-KL

Posted on the December 10th, 2008 under General by Budi Hermawan

hari ni aku di beritahu ttg promosi RM 0, MAS utk sektor Tawau ke KL awal tahun depan. So aku pun check utk mengetahui sama ada rumour itu betul atau tidak.. dan mmg ternyata.. bila aku check tambang pergi balik utk 5 Januari 2009 dan 12 Januari 2009 hanya RM198!!! mmg amat murah..

Mungkin ada org argue.. tambang Airasia lagi murah.. well consider this. .

  • 5 Star airlines (certified by skytrax)
  • makan free (tak payah risau nak beli apa atas flight)
  • 20kg baggage (airasia hanya 15kg dan kalau lebih di cas rm15 utk setiap 1 kg!)
  • KLIA terminal building (i miss KLIA!!!.. last time aku balik tawau via LCCT was a nightmare.. org penuh sesak..sampai ada yg bergaduh.. my check in counter was only opened 1 hour before departure.. masa tu org sudah berebut rebut utk berbaris.. paling teruk lepas aku check in.. staff tu suruh aku hantar 1 barang ke kaunter 68 utk clearance.. just imagine terpaksa bawak barang yg panjang tu dari hujung ke hujung dan terpaksa merentasi org yg tengah bersesak sesak.. to make thing worst, masa tu flight aku dah final call.. arghhh!)

* promosi ni adalah bersempena dengan penerbangan direct MAS dari TWU ke KUL.. sebenarnya ni bukanlah pertama kali.. dulu sudah pernah ada direct flight MAS dari TWU ke KUL dan aku pernah naik flight ni sekali dulu. Tak silap aku 2-3 tahun lepas but due to masalah kewangan dan load factor, MAS terpaksa membatalkan sektor ini buat sementara waktu.

utk tempahan sila layari www.malaysiaairlines.com.my

Good news!

Posted on the December 10th, 2008 under General by Budi Hermawan

yes.. my wife is pregnant.. that means i’m going to be a father again soon.. InsyaAllah next year.. Zarief is pretty excited bout this..he’s going to be a Abang..

To all my friends, tolong doakan keselamatan for my wife and baby.. hopefully everything will be OK.. amin..