Kelmarin team Tawau Bloggers berziarah ke hospital besar Tawau apabila dimaklumkan oleh saudari Ezza mengenai anak muridnya yang ditimpa kemalangan.
Kami cukup sedih apabila melihat dengan mata kepala sendiri keadaan adik Nur Khadizah Tinie yang ditimpa kemalangan apabila di langgar lori mengangkut sawit seberat 10 tan!! Ya, 10 tan!! tetapi alhamdulillah Allah dah tetapkan yang ajal adik ni bukan di situ, dengan kekuasaan Allah, nyawa adik ini terselamat dan masih sedarkan diri walaupun walaupun dengan keadaan yang menyayat. Ketika kemalangan beliau masih sempat menjerit minta tolong kepada pemandu lori tersebut.

Ini merupakan gambaran yang dapat Kami berikan.. pihak hospital tidak membenarkan sebarang sesi gambar menggambar harap maklum..
Menurut cerita yang dikisahkan kepada kami oleh ayah dan ibu kepada adik ni.. dia sedang menaiki basikal pulang dari sekolah menuju rumah kediamannya apabila dengan tidak sengaja adik ni terlanggar tayar belakang basikal kawannya yang berada di hadapan dan membuatnya terpelanting jatuh di bahu jalan dan dilanggar oleh lori yang kebetulan lalu pada ketika itu.
Akibatnya… kulit kepala adik ini terkoyak… tangan sebelah kirinya patah dan rahang adik ini terlepas…subhannalh…kami di tatapnya sayu dan cuba mengenali seorang guru sekolahnya dengan hanya satu mata bahagian kanan adik ini.
tak dapat aku bayangkan jikalau aku yang berada di tempat adik ini.. kami sungguh kagum dengan kecekalan adik ini , dia tetap tenang dan menahan segala keperitan yang dialaminya dan menjawab segala soalan soalan yang ditanya oleh doktor ketika kami ada… aku rasa, kalau insan lain yang berada dalam situasi adik ni, mungkin tak habis habis menangis… menjerit jerit menghadapi kesakitan yang di alami…
Berat mata kita memandang , berat lagi bahu yang memikulnya…beratnya penderitaan andik Khadizah mungkin tidak dapat diluahkannya dalam keadaan beliau yang masih dibalut jahitan pada bibir, kepala dan anggota badan yang patah,” apakata kita hulurkan bantuan derma untuk meringankan beban keluarga ini… hulur lah seikhlas hati dan yang termampu, walau RM1 pun insyaAllah niat dan bantuan yang kita hulurkan akan mendapat keredhaan Allah S.W.T…
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan derma, anda bolehla menyalurkan bantuan anda melalui akaun peribadi bendahari Tawau Bloggers, Puan Angriani. Maklumat akaun adalah seperti berikut.
Maybank : 160036869787 , NUR ANGRIANI BINTI NURJA
Sila hantar slip pembayaran yang mengandungi maklumat transaksi ke alamat :
tawaubloggers@yahoo.com
Sila rujuk kenyataan rasmi dari Tawau Bloggers di laman web rasmi Tawau Bloggers www.tawaubloggers.com
sekarang ni aku sibuk betul melayan Facebook.. sbb ramai geng geng lama ada dalam tu.. ada yang dah berpuluh tahun tak jumpa.. tapi jumpa balik dalam FB.. mmg terasa seronok jumpa kawan lama ni.. syukurlah semua dah berjaya dalam kerjaya masing masing.. hampir semua dah mendirikan rumahtangga.. dan anak pun dah ramai.. paling best bila masing masing upload gambar gambar dulu.. semua sibuk bagi komen tak putus putus..kalau aku check email aku.. pasti akan ada email ttg gambar yg telah dikomen..
paling klasik bila ada kawan yg upload gambar masa sekolah rendah.. aku rasa aku dah tak simpan gambar sekolah rendah aku dulu.. but thanks to FB..aku boleh tengok balik muka aku dulu dulu .. lawak plak bila tgk gambar aku dulu.. kurus kering.. tak macam sekarang.. ada beberapa gambar tu aku tak tau pun keujudannya.. so di blog ni aku nak share beberapa gambar dulu yg aku ambik dari Facebook :

Ni gambar pengawas SK Bandar Tawau.. tak silap aku ni masa aku darjah 5.. tahun 1988.. perasan tak rambut aku.. afro!.. hahahah.. (photo credit to Marzin)

Ni masa darjah 6.. korang cari la aku yg mana satu.. (hint.. aku pakai seluar putih) aku rasa aku tak pernah nampak gambar ni.. nasib baik c Marzin upload..

ni la para lelaki lelaki hensem kelas form 5 aku di SMK Tawau.. ni bangunan kayu yg sangat tak best.. actually masa tu kami la satu satunya kelas form 5 yg diletakkan di bangunan kayu.. tp tak lama sbb lepas tu kami semua dipindahkan ke makmal sehingga peperiksaan SPM tahun 1994

5 Sains SMK TAWAU SPM 94.. ni la gambar kelas aku masa form 5 dulu.. aku ketua kelas.. kami tak ramai.. hanya 21 pelajar sahaja.. tp syukur lah.. semua dah bahagia dalam hidup masing masing.. dan semua pun dah berjaya dalam kerjaya masing masing.. ada yg jadi doktor.. engineer.. lecturer.. guru.. businessman.. dan programmer (aku la tu..)
1 person likes this post.

Last weekend, blogger sis Riani telah menjemput members of Tawau Bloggers Unity (TBU) utk datang open house di rumah dia @ Taman Megah Jaya, Tawau.. at first aku ingat ni just open house saja.. rupanya ada agenda lain iaitu meeting mengenai hala tuju TBU.. byk yg dibincangkan termasuk pembentukan AJK pertama TBU.. dan setelah dipersetujui oleh semua yg hadir maka terbentuklah AJK TBU seperti dibawah :

Raya tahun ni mmg aku agak kurang berjalan jalan ke Open House utk beraya.. namun begitu raya tahun ni tetap istimewa bagi aku sebab buat sekian lama, akhirnya aku dapat berjumpa dengan rakan rakan seperjuangan aku dulu yg sudah lama aku tidak jumpa.. benda ni sebenarnya sudah di plan lama.. mulanya plan mo buat dia hotel atau restoran.. akan tetapi oleh kerana Hari Raya Aidilfitri, adalah lebih afdal utk berkumpul di rumah saja..First Gathering, Raya ke 3, c niema jemput semua datang rumah dia di Taman Wawasan.. aku hampir miss perjumpaan ni atas sbb tiada transport. Nasib baik la c Marianah dan hubbynya dgn baiknya sudi menjemput aku di Bandar Sri Indah.. tq mai.. budi baik mu akan ku kenang sampai bila bila.. haha.. di rumah c niema ni hanya ex-classmate form 5 aku yg hadir.. semua bawak family masing masing kecuali aku.. mmg wrong timing betul.. tapi tak apa la.. yg penting aku dapat jumpa kawan kawan lama.. antara yg hadir ialah.. Dr Amran & family, Dr Aslan & family, Marianah & Family, Salmah & family, Sabariah & family, Kasim & family dan si Ishak yang aku tak sempat jumpa sbb dia kena balik awal.. cuma sayangnya kami semua tak sempat nak ambik gambar.. mungkin semua terlalu excited sampai terlupa nak snap pictures bersama.. anyway, thanks Niema dan Asrul kerana jemput kami hari tu.. oh ya kalau mau tau.. c Niema ni penolong aku masa form 5 dulu.. orgnya kecik tapi garang.. hehehe… sekarang dia mengajar di SMK Kuhara.. Then, Dr Amran jemput lagi ke rumah dia keesokkan harinya utk gathering yang lebih besar sbb melibatkan ex-5 sc SMK Tawau dan juga ex- Matriks UKM Sabah.. kali ni.. semua ready utk snap gambar.. sayangnya my wife tidak dapat juga join gathering ni atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. tapi my ‘hero’ Ahmad Zarief dapat join.. antara yang hadir malam ni ialah, Romeo, Marianah, Salmah, Yunus, Kasim, Ansur, Melvin, Niema, Kasim dan Taufik (kawan baik c marianah).. ramai lagi yang tidak dapat datang malam tu.. bila sudah lama tidak berjumpa tu biasa la.. pasti akan kecoh.. apa lagi bila di ungkit kembali cerita masa sekolah dulu.. cerita kena rotan.. cerita kena jemur… hehehe.. mmg lawak.. time ni la baru tau perkembangan masing masing.. ada yang sudah ada 3-4 anak.. ada yang bakal mendapat anak.. ada yang baru dapat anak dan yg dapat bini baru pun ada.. hahahha…personally aku mmg jarang jumpa dorang ni semua, lebih lebih lagi aku yg kerja nun jauh di semenanjung ni.. tapi syukur la.. semua sudah berkeluarga dan semua sudah berjaya dengan karier masing masing.. aku masih ingat lagi dulu masa kami semua masih remaja lagi.. duduk dalam kelas yang sama..belajar sama sama dan sama sama berjuang utk SPM.. now, ada 2 yang sudah berjaya jadi doktor perubatan, engineer, lecturer, guru, bisnesman dan IT/Programmer (aku la tu).Mungkin lepas ni kami sudah tidak lost contact lagi sebab kami sudah saiko semua utk create Facebook.. gambar gath pun semua sudah upload ke sana.. so kepada kawan kawan ku semua.. buat la Facebook secepat mungkin.. sapa sapa yang buta IT.. sila rujuk kepada aku.. nanti aku ajar cam mana nak create account.. heheheheNi dia beberapa gambar yang sempat di ambil malam tu..
Group Photo ramai ramai
Para Bapak Bapak
Kaum Ibu Mithali
Aku pun tak tau la apa kaum ibu ni borak
Mmg c taufik ni x berubah dari dulu
Zarief selamba jalan depan cam masa tgh ambik gambar.. hehehe
Dari kiri – Romeo, Yunus, aku, Taufik, Ansur, Kasim, Dr Amran