
Ucapan Hari Raya ini di tujukan khas buat
- Rakan rakan ku semasa di sekolah SMK Kinabutan dan SMK Tawau.. i miss u all.. teringin mo jumpa semasa raya ni..
- Rakan rakan Matrikulasi UKM Kampus Sabah dan Kuala Pilah.. harap semua sihat sihat dan berbahagia hendaknya..
- Ofismate ku di Intranet Profile dan South Pacific.. tahun ni aku beraya di Tawau.. kalau makan rendang jgn lupa aku yg jauh nun di Sabah ni
- Rakan Bassminton.. aku betul2 rindu korang.. insyaAllah aku akan kembali ke tanah semenanjung dan join korang main badminton lagi..
- Rakan TawauBloggers.. jemput ke rumah raya nanti..
- Dan semua umat Islam yg mengenali diri ini tidak kira di mana anda berada..
Dengan Ucapan Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin

Last week, Maya sms aku dan bloggers yang lain memaklumkan tentang jemputan berbuka puasa bersama YB Datuk Tawfiq.. bila dengar tu aku terkejut jgk la.. ya la kan.. sapa la kita ni.. kita hanya blogger bukan ahli politik pun.. beberapa kali aku tanya c Maya adakah benda ni betul2 atau main main.. nampak c Maya macam serius.. so aku percaya saja la walaupun hati ku masih ragu ragu..
Sehingga tiba hari berbuka puasa tu semalam.. aku at first macam tak mau pergi sebab terasa badan aku masih belum fully recover.. tp oleh kerana semangat blogger, aku paksa diri ku utk menaiki bas dari Bandar Sri Indah ke Bandar Tawau.. majlis tu start jam 5 petang.. so jam 5 la aku bergerak Restoran Tawau Seafood tu.. sebenarnya aku baru tau kewujudan restoran ni.. ya la kan.. aku terlalu lama berada di semenanjung so aku masih belum aware kalau ada benda baru di Tawau ni.. nasib baik lah para petunjuk jalan aku sungguh cekap dalam menunjukkan arah restorang tersebut.. sebenarnya tak jauh dari CC adik aku..

Saudara Agus dan Junaidi

Maya, Budi, Sabrina dan Eza
Walaupun dress code hari tu adalah berbaju melayu.. tapi aku datang dengan memakai baju Tawau Bloggers yg baru siap..to be honest.. baju melayu aku belum ada.. masih mencari.. hahahaha.. lebih kurang jam 5.15pm atas pelawaan Datuk kitaorang pun masuk ke dalam restoran utk mengambil tempat duduk.. ada 8 bloggers yg hadir semalam + 1 akak adry.. Oh ya.. acara berbuka puasa ini sebenarnya di buat utk para ketua jabatan kerajaan di sekitar Tawau.. so semua kira boss la dalam restoran tu semalam.. dan Tawau Bloggers juga di jemput khas utk sama sama memeriahkan majlis.. Terima Kasih Datuk..lebih kurang jam 5.50pm, YB Datuk berucap.. dan apa yg menarik perhatian aku.. dalam ucapan beliau.. Tawau Bloggers telah di sebut dan di perkenalkan kepada semua tetamu yang hadir.. sekali lagi.. Terima kasih..

Yb Datuk memberi ucapan

Para VIP yang hadir

Meja Tawau bloggers
Tepat jam 6.07 petang, imam masjid besar Tawau membaca doa berbuka puasa dan hadirin di jamu dengan minuman sejuk, kurma dan karipap.. lepas tu kitaorang pun bersolat maghrib dengan berimamkan Datuk Tawfiq sendiri..
Lepas tu acara makan pun bermula.. dimulakan dgn sup dan cendol.. then keluar udang rebus dan kerang diikuti dengan ikan yg aku pun tak tau nama dia.. tapi tgk la gambar di bawah ni.. sungguh menyelerakan.. mmg betul la aku berada di restoran seafood.. hahahha.. masa makan tu sesekali YB Datuk datang ke meja kami utk berborak.. sebenarnya ada byk makanan lagi.. oleh kerana masa yg suntuk ramai hadirin terpaksa beransur pulang kerana waktu isyak sudah hampir tiba..











sebelum balik kami sempat mengabadikan gambar bersama Datuk.. Kami juga sempat di kenalkan dengan pemilik restoran Tawau Seafood iaitu en Rahim dan isteri beliau pn Rahimah yg begitu friendly.. Mungkin 1 hari nanti aku akan review restoran ni..Tawau bloggers sempat tapau ketam dan sotong goreng.. setiap hadirin juga di berikan cenderahati dalam beg hijau Giant.. dalamnya ya Allah.. macam macam ada.. sarung pun ada.. paling best ada coklat..

yeaa..dapat hadiah!

En Rahim, Owner Restoran Tawau Seafood

Pn Rahimah yang fotogenik, beliau juga owner Restoran Tawau Seafood
Sememangnya kami amat berbangga dapat jemputan sebegini terutamanya dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri..personally, aku amat tertarik dengan perwatakan YB Datuk Tawfiq.. beliau sungguh mesra dan very approachable.. walaupun aku jauh di semenanjung, tapi aku byk dengar tentang sumbangan pemimpim ini kepada rakyat dan sekarang baru aku tau kenapa..bagi aku, pemimpin begini lah yang perlu ada pada generasi sekarang..

TERIMA KASIH YB DATUK TAWFIQ ABU BAKAR TITINGAN KERANA MENJEMPUT TAWAU BLOGGERS KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN TERUSKAN USAHA ANDA MEMAJUKAN DAERAH TAWAU
Post Tawau bloggers : adrysabry, Puteri Ezza, Angrianiworld

Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Taufiq Abu Bakar Titingan
Tempat: Tawau Seafood Restaurant
Hari: Isnin 22 September 2008
Masa: 5.30 petang
*Jemputan ini terbuka kepada ahli Tawau Bloggers sahaja. Sila sahkan kehadiran anda dengan menghubungi Maya (Puadede.com)
Hari ni, Google telah me ‘release’ kan product terbaru mereka iaitu Google Chrome.. Chrome ni sebenarnya adalah web browser yang Google develop untuk menandingi kehebatan Internet Explorer 8 yang akan di keluarkan tidak lama lagi..Baru tadi aku cuba browser baru ni.. aku suka dia punya interface.. sungguh simple tetapi sangat user friendly.. sapa sapa yang berminat nak try.. sila klik link download di bawah ini :
Download

Dengan rasa rendah hati, di bulan ramadhan yang berkat ini, aku ingin memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yg aku lakukan selama ni.. semoga kita mendapat pahala yang banyak di bukan ramadan yg berkat ini.. Insyallah