Archive for August, 2008

Esok adalah Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 51.. malam ni di depan MPT Tawau ada persembahan.. nampak macam ramai org.. mmg happening la bandar Tawau malam ni.. tadi aku on the way dari rumah aku ke bandar pun aku dapat tgk org beramai ramai sedang berjalan kaki ke bandar dgn perlbagai ragam pakaian.. ntahlah sama ada malam ni malam merdeka ataupun fashion show.. bagi aku.. aku bukan lah jenis yang sambut malam merdeka dengan berkumpul ramai ramai.. aku suka duduk rumah.. cukup lah aku menghargai erti merdeka dengan cara ku sendiri..
MERDEKA!!! MERDEKA!! MERDEKA!!
ahh… lama betul aku tak update blog aku ni.. mmg terlalu byk benda yg aku mau tulis .. cumanya sekarang ni aku kurang mempunyai masa yg sesuai utk berblogging..
Utk pengetahuan rakan rakan ku semua.. aku masih lagi berada di Tawau.. sepatutnya aku balik semula ke tanah semenanjung malam tadi setelah miss flight minggu lalu… tapi malam tadi aku ‘miss’ flight lagi… tapi kali ni miss tu disengajakan.. mungkin rakan rakan ku di semenanjung tertanya tanya kenapa aku belum balik lagi.. byk sebab sebenarnya.. cuma cukup la aku katakan yg terlalu byk komitmen aku di Tawau sekarang ni.. di tambah lagi wifey yang tersayang sedang berkursus di Pulau Pinang, so aku kena tolong jaga anak aku dan ada beberapa hal yang aku terpaksa buat keputusan utk stay di Tawau beberapa ketika.. buat masa ni aku pun tak tau bila aku akan kembali ke sana..
Tadi Gen dan Norman buzz me on YM ajak lepak William sbb dorang ingat aku dah sampai KL.. aku pun just cakap OK.. tadi Amirul call tanya aku kat mana.. sbb dorang dah sampai William.. time tu baru lah aku bagitau yg aku di Tawau lagi.. iskk.. tiba tiba terasa rindu pulak dengan rakan rakan ku d sana… rindu lepak lepak dan berborak borak…
Sepatutnya hari ni aku sudah berada di tanah semenanjung.. tapi aku masih berada di Tawau.. kenapa?? sebabnya aku terlepas utk menaiki flight Airasia ke KL.. kapal yang aku sudah beli tiketnya awal tahun ni kerana promosi RM0 pada waktu itu, aku mati mati ingat yg flight itu akan berlepas pada pukul 9 malam tadi Tawau.. rupa rupanya jam 7 malam.. hahaha.. mmg silap aku.. mungkin itulah akibatnya beli tiket terlalu awal sampai aku tidak sedar jam berapa sebenarnya flight yg aku sepatutnya naik.. sbb selama ni aku mmg naik flight jam 9 ni.. so kali ni pun aku yakin yg flight aku jam 9 malam tanpa ada perasaan hendak double check…
malam tu aku pun dgn konfidennya dihantar ke airport oleh wife ku dan on the way ke airport sempat lagi aku bersedih sedihan dengan Zarief sebab terpaksa berpisah lagi dgn dia utk sementara waktu.. aku tambah lagi sedih sebab Zarief balik balik cakap yang dia nak ikut ayah dia balik KL.. sampai airport aku tanpa rasa ragu ragu terus berbaris utk check in.. sudah la line panjang.. lepas tu orang dgn selambanya potong Q.. mmg bikin panas betul.. aku rasa aku antara org terakhir check in malam tu walaupun aku bukanlah yg terakhir datang.. bila time aku check in.. aku terus serahkan IC dan letak beg aku utk masuk kapal terbang.. aku terasa something bila staff airasia tu dgn muka bingung menekan nekan kibod berulang kali.. beberapa ketika lepas tu dia tanya ‘abg ada beli ka tiket flight ni?’.. aku jawab ‘ada’ dengan selamba.. then lepas tu dia cuba check lagi.. rasanya manually sbb dia browse through passenger manifest setiap satu.. cian dia.. akhirnya dia bagitau aku yg nama aku ada dalam list flight jam 7 sebelum tu… erkkk.. aku missed flight!.. dalam hidup aku.. dah banyak kali aku naik flight.. tapi ni yg first time aku tertinggal kapal terbang.. biasanya aku mmg cermat pasal jadual penerbangan ni aku ni.. tp ntah kenapa kali ni aku tak check.. nasib baik lah tiket ni mmg murah gila..
Yang lawaknya.. Zarief ada tunjuk flight Airasia yg sepatutnya aku naik tu masa di rumah atuk dia di Taman Bunga Tulip.. Zarief siap cakap “itu kapal terbang Ayah”.. aku hanya mengiyakan walaupun dalam hati aku berkata..”jam 8.30 la baru kapal ayah landing”.. rupanya mmg betul tu kapal terbang ayah!… hahahahahah.. tidak apa la.. at least aku still have time bermain dgn Zarief…
Hari ni adalah hari jadi anak aku yg ke 3 tahun..
yeahh.. hari ni hari jadi aku yang ke 31.. ya umur aku dah masuk 31 tahun.. tak sangka betul cepat betul masa berlalu.. tapi aku tetap bersyukur kepada Allah SWT yang masih memberi aku nyawa untuk menyambut hari lahir aku hari ni..
Kepada rakan rakan yang sudi meluangkan masa hantar sms dan wish dalam my Friendster dan Facebook, aku ucapkan ribuan terima kasih.. i really really appreciate it guys
Hari ni mmg hari yang agak istimewa.. 08/08/08 adalah tarikh mungkin akan dilalui dalam sekali dalam seumur hidup (kecuali sapa yg boleh hidup sampai 08/08/3008)

Hari ni telah berlangsung beberapa acara menarik seperti perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008.. aku baru tgk live d astro tadi..Wow..mmg happening opening ceremony tadi.. well done China..
Selain tu hari ni juga begitu ramai rakan rakan yg aku kenali sedang melangsungkan perkhawinan mereka hari ini.. kenapa mereka pilih tarikh ni? mungkin sebab senang nak ingat nanti.. hehehehe.. anyway.. kepada rakan rakan ku sekelian, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhirnya.. kepada siapa yg menjemput aku tu, aku minta maaf sebab tak dapat menghadiri majlis korang atas beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan..

InsyaAllah, ahad ni bersamaan 10 Ogos 1008, aku akan balik ke Tawau untuk bercuti selama lebih kurang 1 minggu.. kepulangan aku kali ini adalah untuk meraikan hari jadi yang ke 3 tahun anak aku Ahmad Zarief yg jatuh pada 12 hb Ogos nanti dan juga untuk meraikan hari jadi aku yang jatuh pada 11 Ogos.. (birthday kami beza sehari sahaja.. hehehe)..
So kepada kawan kawan yang ada jamuan makan tu.. jangan lupa jemput aku ya..

What is PortableApps?
A portable app is a computer program that you can carry around with you on a portable device and use on any Windows computer. When your USB flash drive, portable hard drive, iPod or other portable device is plugged in, you have access to your software and personal data just as you would on your own PC. And when you unplug the device, none of your personal data is left behind.
What are the advantages for using this?
No Special Hardware – Use any USB flash drive, portable hard drive, iPod/MP3 player, etc
No Additional Software – Just download the portable app, run the portable installer and go
No Kidding – It’s that easy
Consider the Possibilities…
- Carry your web browser with all your favorite bookmarks
- Carry your calendar with all your appointments
- Carry your email client with all your contacts and settings
- Carry your instant messenger and your buddy list
- Carry your whole office suite along with your documents and presentations
- Carry your antivirus program and other computer utilities
- Carry all your important passwords and account information securely
Consider the Convenience…
- Have your favorite websites handy to recommend to a friend or colleague
- Have your presentation AND the required software ready to go for that big meeting
- Have your password with you if you want to bank online while traveling
- Have utilities handy when visiting family or friends that are having PC problems
OK..now i’m interested..but where can i get this software?
Just browse to http://www.portableapps.com
Malam tadi me, Amirul, Ella dan Genervie jalan jalan cari makan dekat Kg Baru untuk merasa nasi lemak yg terletak betul betul di sebelah Kelab Sultan Sulaiman.. at first plan nak lepak AsiaCafe dekat 15 Subang Jaya before ke Kg Baru akan tetapi malam tadi ntah macam ada launching Inti College punya bangunan baru as a result jalan area tu jem.. so we all decided utk straight ke Kg Baru.. then pick up Ella dekat Kompleks Antarabangsa KL..lepas tu terus menuju ke Kelab Sultan Sulaiman..

Map ke Gerai Nasi Lemak
Gerai ni mmg agak tersembunyi sikit.. kalau Amirul tak bawak kitaorang datang sini mmg kitaorang semua tak akan tau keujudan gerai ni sbb kalau area Kg Baru ni.. nasi lemak antarabangsa la yg femes sekali.. but this one pun not bad jgk.. yg bestnya nasi lemak dia di bungkus dalam bungkusan yg agak kecil so kalau nak makan byk sikit.. kena la ambik byk skit.. then boleh pilih lauk pauk yg aku rasa mmg banyak.. kitaorang ambik daging rendang, peparu, kerang, tauhu dan tidak ketinggalan otak otak.. setiap org ambik 2 bungkus nasi lemak..

Begini la rupa bentuk Ella kalau tengah lapar!

Ella dah tak sabar nak makan

Daging Rendang

Paru dan Sambal Kerang
Overall not bad la tempat ni.. nasi lemak pun sedap dan lauk pauk yg byk pilihan.. org pun tidak henti henti datang ke gerai ni sudah cukup menunjukkan gerai ni femes.. kitaorang begerak dalam kul 10 lebih sebab semua kena balik awal.. Ella kena kerja esok hari.. Gen kena gi Genting utk MTV awards.. Amirul kena bawak kapal terbang ke Shanghai awal pagi… dan aku?? aku tak sedap badan so hari sabtu aku nak tidur sepuas puasnya!…

Lotus Apartment, Puchong Prima.. my home sweet home
(rumah aku yg bangunan depan tu.. paling kiri, tingkat 3)
Sejak akhir akhir ini.. apartment aku ni macam di serang oleh nyamuk.. hampir setiap malam aku susah nak tidur sebab ‘berjaga’ dari kena gigitan nyamuk.. aku mmg anti nyamuk dan aku tak halalkan setiap titisan darah aku yg binatang ni hisap dari badan aku.. tapi yang tensennya.. walaupun aku dah spray banyak kali bilik aku setiap kali sebelum tidur.. tp nyamuk masih ada lagi.. aku tak tau la kalau spray yg aku beli ni mmg fake atau nyamuk sekarang ni dah imun racun serangga.. kemarin dulu pun ada fogging.. but still nyamuk masih byk berterbangan pada malam hari.. aku suspect semua ni berpunca dari projek pembinaan condominium di belakang apartment aku ni.. byk betul air bertakung dan kontraktor tu macam tak buat apa apa..
Sekarang ni aku dah rasa nak demam.. terasa tak sedap badan.. ntah la semua ni angkara nyamuk atau benda lain.. yang pastu esok aku nak beli alat yg lagi ampuh utk membunuh nyamuk.. awas la kamu wahai NYAMUK!!