Archive for June, 2008

Euro 2008 Semi Final LIVE!

Posted on the June 25th, 2008 under General by Budi Hermawan


Channel : Shanghai Sports (Chinese)

Match starts at 2.45am, 26 June 2008

Instructions :

  • This Web TV can only be viewed using INTERNET EXPLORER 6.0 and above.
  • Please allow and install TVUplayer activeX component when prompted by IE otherwise you won’t be able to watch the Web TV.
  • Please make sure your connection is not behind a firewall.
  • The streaming quality will depends on your Internet speed. 1MB or higher is recommended.

Euro 2008 Semi Final : Germany vs Turkey

Posted on the June 25th, 2008 under Uncategorized by Budi Hermawan

     

         GERMANY       VS          TURKEY

Malam ni akan berlangsung semi final pertama Euro 2008 antara Germany dan Turkey.. atas kertas Germany ada kelebihan.. tapi don’t underestimated Turkey.. team ni adalah giant killer utk tahun ni..

Team mana yg aku sokong?? hmmm.. actually favorite team aku semua sudah out!..  tapi hari tu masa tengah makan bersama kawan kawan ‘Bassminton’ selepas bermain badminton.. aku ada cakap yg tahun ni Germany akan jadi champion..

Sama sama la kita tgk malam ni…

* aku mungkin tak dapat tgk live malam ni sbb besok pagi ada meeting.. arghh!

Sehari di Free Nature

Posted on the June 24th, 2008 under General by Budi Hermawan

Hari ni aku dan Wanan telah pergi melawat office Free Nature (FN) di Plaza Pantai KL untuk meeting mengenai project ‘Online Ticketing’ yang akan dilancarkan tidak lama lagi..

Oleh kerana minyak petrol mahal, aku dan Wanan naik LRT ke office FN. Tak susah nak cari tpt ni sbb bangunan office ni ada stesen LRT sendiri iaitu Kerinchi.. sampai sana lebih kurang kul 12 tgh hari.. then terus buat discussion pasal web design dgn web designer iaitu cik wani dan zila.. Nadia dan Fida pun join but they all tak boleh lama sbb kena panggil lunch bersama bos bos mereka…heheheh.. aku malas nak ikut..

Around 4 baru dorang balik dari lunch then trus buat team meeting.. aku present skit pasal progress web tu dan mintak komen dan pandangan.. byk jgk kena buat.. aku paling cuak part aku iaitu credit card processing.. tgk dia punya API pun aku sudah takut..penting jgk part ni sbb ianya melibatkan duit!.. lepas tu semua nak kena siap secepat mungkin.. alamak!!!.. nampaknya seminggu ni aku kena concentrate buat benda ni.. ingatkan balik Tawau weekend ni boleh rileks.. tapi nampaknya aku kena bekerja sambil bercuti.. :( ((

Sampai rumah aku terus online.. di channel Tawau kecoh pasal orang Tawau berpusu pusu untuk mengisi minyak sebab ada desas desus stesen minyak akan tutup utk 3 hari sbb mogok.. aku dgr sampai jem 2 kilometer… huhuhuh..

240620081005.jpg

aku ambik gambar ni masa aku tgh tunggu Wanan di stesen LRT Kelana Jaya.. sebelah tu ada awek dari negara Arab tgh tunggu member. Sorang tu perasan aku tgh ambik gambar..hehehe

240620081006.jpg

Stesen LRT Kelana Jaya adalah stesen paling hujung sekali.. so biasanya LRT akan berenti di sebelah sini sebab tu semua tunggu di area ni

240620081007.jpg

Tapi kitaorang semua tersilap.. tren stop on the other side.. masa nak naik tu ada pengumuman yg tren akan berhenti lama sikit sebab ada masalah teknikal di stesen lain

240620081008.jpg

Web team tgh membuat perbincangan manakala aku sibuk mengambil gambar..hehehe

240620081009.jpg

Ni la permandangan dari tingkap office Free Nature.. betul2 menghadap bandaraya Kuala Lumpur

240620081011.jpg

Berbeza dengan keadaan di stesen minyak di Tawau, begini la keadaan stesen minyak di Puchong Prima semasa aku mengisi minyak sebentar tadi.. lengang!

Kaki Wayang : Are We Done Yet! (Megavideo)

Posted on the June 24th, 2008 under General by Budi Hermawan


Sebuah sekuel filem Are We There Yet lakonan Ice Cube.. malam tadi aku layan cerita ni..haha mmg best

*loading time bergantung kepada kelajuan Internet anda..

BenQ JoyBook S32W

Posted on the June 20th, 2008 under General by Budi Hermawan

Malam tadi sebelum pergi bermain badminton dekat S13 PJ, aku telah divert sekejap di Digital Mall PJ. Tujuan aku ialah utk membeli laptop yg di pesan oleh cik Qila aka Fiefi (dia ni cousin wife aku). Sebenarnya sudah lama dia ni nak mintak tolong aku carikan laptop di area KL ni.. tapi hari tu tiba tiba dia cakap tak jadi beli sbb mom tak approve kan budget.. tapi 2 hari lepas tiba tiba c Qila call cakap jadi beli laptop… pandai c Qila ni memujuk momnya ba.. hehehe.. setelah berbincang melalui YM, akhirnya c Qila buat keputusan nak beli brand BenQ model S32W atas rekomendasi aku dari.. first tu consider brand Acer dan Compaq.. tapi c Qila cakap brand tu sudah ramai betul orang pakai sekarang.. betul jgk tu.. then aku rekomen la BenQ ni sbb sebab aku ternampak laptop ni masa aku jalan jalan di Lowyat beberapa bulan lepas.. rasa mmg sesuai utk kaum hawa sebab dia kecil dan comel..

Tapi malam tadi susah jgk mau cari model tu sbb mostly kedai jual brand Acer atau Compaq/HP.. setelah berputar putar di Digital Mall tu akhirnya aku jumpa jugak model ni.. harga RM2499 seoerti yg di jangka lepas tu aku tak tanya byk lagi.. dia cakap ada stok aku trus cakap.. “saya mau angkat itu laptop sekarang”.. hehehehe.. byk jugak dia bagi free gift.. pen drive 1Gb, cooler dan d samping standard accesories seperti mouse, laptop lock dan beg..

After beli tu terus pergi main badminton yg tidak jauh dari Digital Mall tu.. lepas main lepak Murni makan nasi goreng seafood then dalam kul 11 balik rumah dan terus mandi..

Selepas tu adalah acara utk membuka kotak laptop dan setup OS.. utk itu aku telah mengambil gambar sempena hari yg bersejarah ini.. heheheh

20062008994.jpg

ini la kotak laptop tu..

20062008995.jpg

acara perasmian sudah bermula dgn pembukaan kotak

20062008996.jpg

laptop dah di keluarkan.. masih dalam plastik lagi

20062008997.jpg

laptop ni berwarna PUTIH

20062008998.jpg

Side sebelah kanan – TV output, Ethernet port, 2 USB, Firewire dan PCMCIA port

 

20062008999.jpg

sisi kiri – modem, DVD Writer, 2 USB

200620081000.jpg

Begini la rupa bentak screen dan keyboard.. screen hanya 13 inci dan ada webcam 1.3MP.. laptop ni agak kecil dan ringan. mmg sesuai la utk c Qila yg kecil jgk orgnya

200620081001.jpg

pandangan dari tepi

200620081004.jpg

ni la rupanya setelah aku siap setup OS.. laptop ni pakai OS Microsoft Vista.. masa ni aku tgh surf blog aku dan download beberapa application seperti YM, MIRC dan lain lain..semuanya selesai lebih kurang dalam jam 5 pagi.. masa setup ni aku layan Germany lawan Portugal (Portugal TEWAS!)..

 

200620081002.jpg

satu yg aku suka BenQ ni ialah dia bagi complete cd utk driver dan application termasuk free PC-cillin antivirus subscription valid utk setahun.. so tak payah aku nak cari dekat Internet..

200620081003.jpg

ni la dia free gift yg kedai tu bagi.. beg, headphone, lock, mouse, cooler dan Pen Drive 1GB

 

1 person likes this post.

1st Tawau Bloggers Gathering

Posted on the June 18th, 2008 under General by Budi Hermawan

 

Hari ni meriah blog Puadede sbb ramai bloggers lepak situ sambil berbincang pasal cadangan untuk mengadakan gathering yg akan terdiri daripada bloggers dari Tawau.. kitaorang sebulat suara telah melantik en Alwis (wunabarakati.blogspot.com) sebagai Pengarah Pengelola merangkap Ketua Kampung, Pengawa, Penghulu dan sebagainya… dan setelah hampir 1 hari berbincang dan hampir 80 komen.. akhirnya telah ditetapkan hari gathering adalah seperti berikut :

 

Tarikh: 28 Jun 2008 (Sabtu)
Jam: 5.00 PM Hingga Selesai
Tempat: Restoran Kayu Manis Bazhong Tawau
Boleh bawa : Wife/Husband/Anak/GF/BF
Yuran: Belum Kompom

 

So far yg telah mengesahkan kehadiran adalah :

1. PUADEDE.COM
2. BUDIHERMAWAN.COM
3. CINTAGILA.BLOGSPOT.COM
4. FRIENDLY81.BLOGSPOT.COM
5. CSANKAI.ORG
6. LIKEAROSE.BUDIHERMAWAN.COM
7. ANGRIANIWORLD.COM
8. WUNABARAKATI.BLOGSPOT.COM

Tujuan gath ni adalah semata mata utk berkenalan, bertukar fikiran  dan apa apa yg patut..

Kepada bloggers yg berada di Tawau.. anda semua di jemput hadir..

Firefox 3 released!

Posted on the June 18th, 2008 under General by Budi Hermawan

 

firefox_3.jpg

Hari ni 17 Jun, Mozilla telah release Firefox 3.. hari ni juga di isytiharkan sebagai ‘Download Day’ di mana mozilla berazam nak memecah rekod Guiness sebagai application paling banyak di download dalam masa 24 jam..

firefox.JPG

Interface Firefox 3.. gini la rupa facebook aku

Aku baru download dan test browser baru ni.. ada beberapa perubahan dari segi interface dan functionality yang ketara.. dari apa yg aku baca,version 3 ni adalah 30% lagi laju dari previous version.. laju tu.. dan ada beberapa major improvements yg lain..lebih kurang 900 major changes dan fixes… huhuh.. banyak tu.. satu benda yg aku suka ialah auto complete feature di location bar atas tu..bila taip URL, auto complete akan search bookmarks dan site yg telah di lawati kemudian bagi suggestion site yg mungkin kita hendak lawati.. version sebelum ni pun ada feature ni.. tapi version kali ni info dia lagi detail.. walaubagaimanapun, mungkin beberapa plug in version 2 tidak compatible dengan version baru ni.. masa aku install tadi pun ada 3 plug in aku yg tak compatible.. so terpaksa la ignore.. maybe akan ada update dalam masa 1-2 hari lagi..

Aku highly recommend guna Firefox sbb ni la browser yg the best yg available skrg ni.. even better than Internet Explorer.. in fact hari ni aku ada baca statement dari Steve Ballmer (co founder microsoft) yg Microsoft akan abandon development IE 8 untuk memberi perhatian  kepada pembangunan Firefox di masa depan..even Microsoft kata Firefox ni rawks…hehehehe So sapa sapa nak try.. sila download latest version di sini 

Flight Simulator X : BKI – TWU

Posted on the June 18th, 2008 under General by Budi Hermawan

Baru baru ni MAS telah mengumumkan pembelian 35 pesawat jenis Boeing 737-800 bagi mengantikan pesawat Boeing 737-400 yg telah uzur.. Pesawat ini akan mula digunakan pada tahun 2010.. aku dah lama tak naik Boeing ni sejak Airasia tukar fleet ke Airbus 320..walau pun airbus tu baru but aku still prefer Boeing..aku suka design boeing.. lebih ‘macho’ dari airbus..hehehe.. sorang kawan aku pilot pernah bagitau aku.. Boeing ni mahal.. tapi maintenance fee dia murah dan sebaliknya utk Airbus… no wonder Airasia pilih airbus..
Wokey..sempena dgn pembelian Boeing 737-800 ni, aku telah ‘Back to the future’ dengan menerbangkan kapal baru ni dari Kota Kinabalu (BKI) ke Tawau dalam Flight Simulator X pada tahun 2008..hahahaha..

1. Flight Information

From : Kota Kinabalu

To : Tawau

Gate : A2

Depart Time : 3.10pm

ETA : 3.45pm

Aircraft : MAS Boeing 737-800

2008-6-17_18-57-40-250_800×600.jpg

Aircraft masih dalam ramp sambil menunggu semua penumpang utk menaiki pesawat..

salah satu perbezaan antara 737-400 dan 800 ini ialah.. 800 mempunyai winglets/wingtips (benda kat hujung sayap tu)

2008-6-17_18-46-36-453_800×600.jpg

Cockpit Boeing 737-800.. hampir 80% adalah digital..

2008-6-17_18-59-25-609_800×600.jpg

Tepat jam 3.10pm.. setelah dapat kebenaran dari control tower.. aircraft push back dan start up engine procedure di mulakan

2008-6-17_19-1-25-328_800×600.jpg

Before taxi check list.. tgk semua engine berfungsi dgn sempurna.. then request ground for taxi.. hari ni ground instruct utk takeoff dari runway 02

2008-6-17_19-3-28-703_800×600.jpg

Final check before takeoff.. flaps 5.. flight instruments CHECK.. elevator trim CHECK FOR TAKE OFF

2008-6-17_19-4-24-140_800×600.jpg

Ready for takeoff..lepas dapat clearance dari Tower set throttle to 95% N1

2008-6-17_19-4-41-375_800×600.jpg

and rolling…

2008-6-17_19-5-41-531_800×600.jpg

V1..

2008-6-17_19-5-50-109_800×600.jpg

V2..rotate..

2008-6-17_19-5-56-625_800×600.jpg

positive climb rate… gear up!

 

2008-6-17_19-6-5-343_800×600.jpg

ni la gambar yg sempat di ambik oleh seorang penumpang yg naikkapal yg aku bawak ni masa takeoff.. duduk betul2 tepi sayap..

2008-6-17_19-7-43-62_800×600.jpg

Turn right heading 148..flaps UP and we are heading to TWU..

2008-6-17_19-8-34-812_800×600.jpg

nampaknya penerbangan petang ni sedikit berawan

2008-6-17_19-9-3-343_800×600.jpg

alamak awan tebal di hadapan!

2008-6-17_19-9-16-312_800×600.jpg

buat Climbout checklist..check semua sistem berfungsi dengan baik..

2008-6-17_19-9-23-250_800×600.jpg

mendaki ke ketinggian 25000 kaki dari paras laut dengan kelajuan purata 250 knots

2008-6-17_19-9-57-296_800×600.jpg

nice view from the captain’s seat

2008-6-17_19-10-29-609_800×600.jpg

wing view

2008-6-17_19-11-12-265_800×600.jpg

dapat jgk tgk puncak gunung kinabalu walaupun di litupi awan

2008-6-17_19-11-58-625_800×600.jpg

check GPS utk memastikan aircraft berada di flight path yg betul

2008-6-17_19-12-56-281_800×600.jpg

ni la view dari tpt duduk co pilot aku di ketinggian 25000 kaki

2008-6-17_19-14-16-546_800×600.jpg

my co pilot sedang membuat persiapan utk descend dan landing

2008-6-17_19-20-32-437_800×600.jpg

overhead panel boeing 737-800

2008-6-17_19-24-39-343_800×600.jpg

sekarang berada lebih kurang 70 batu nautika dari lapangan terbang Tawau.. masa utk descend.. slow down to 250 knots dan set altitute to 3000 feet

2008-6-17_19-27-20-531_800×600.jpg

Tawau sudah mula kelihatan.. boleh nampak pulau sebatik di sebelah kanan.. masa ni sudah dapat arahan dari Tawau tower utk landing guna ILS runway 24.. petang ni trafik di airport Tawau tidak sibuk so boleh terus landing..

2008-6-17_19-28-46-125_800×600.jpg

aircraft sedang menghampiri Tawau

2008-6-17_19-34-34-468_800×600.jpg

time ni tgh buat approach checklist.. cross check ketinggian dan kelajuan.. nampak semua OK!

2008-6-17_19-34-43-125_800×600.jpg

semakin rendah semakin tebal pulak awan ni..

2008-6-17_19-34-51-953_800×600.jpg

final preparation before landing.. set NAV1 to 111.30 (Runway 24 ILS Freq) Course 238

 

2008-6-17_19-35-2-906_800×600.jpg

sudah boleh nampak airport Tawau.. oleh kerana mendarat mengunakan runway 24.. aku kena buat landing pattern dari arah laut then turn ke arah runway..kalau tgk gambar monitor d sebelah kanan tu..itu la landing pattern yg aku akan buat..

 

2008-6-17_19-36-43-875_800×600.jpg

airport Tawau sudah nampak jelas di bawah

 

2008-6-17_19-37-58-62_800×600.jpg

turn left to heading 53

2008-6-17_19-38-10-78_800×600.jpg

buat system cross check sambil menikmati permandangan lautan Tawau yg indah..

2008-6-17_19-42-18-734_800×600.jpg

Slowing down to 180 knots..Flaps 5!

2008-6-17_19-43-18-218_800×600.jpg

Turning into Final.. gear down!

2008-6-17_19-43-40-468_800×600.jpg

Runway in sight!

2008-6-17_19-43-58-218_800×600.jpg

Before Landing Check List.. gear DOWN..Flaps FULL.. ILS INTERCEPTED. Speed 150 knots

2008-6-17_19-45-58-468_800×600.jpg

500 feet..cross check!

2008-6-17_19-46-18-125_800×600.jpg

400 feet..cross check!

2008-6-17_19-46-37-421_800×600.jpg

100..80..60..40..30..20..retard..retard

2008-6-17_19-46-46-687_800×600.jpg

Touch down.. thrust reverser and spoiler deployed!

2008-6-17_19-47-36-343_800×600.jpg

ni mesti bangunan bomba airport tawau ni

2008-6-17_19-48-27-15_800×600.jpg

gambar dari menara kawalan udara Tawau

2008-6-17_19-49-19-578_800×600.jpg

hari ni aerobridge rosak so kena parking kat ramp yg Airasia selalu pakai

2008-6-17_19-49-15-468_800×600.jpg

buat before shut down check list.. mati kan apa apa yg patut

2008-6-17_19-49-45-484_800×600.jpg

matikan beacon, pitot heat, fuel flow dan sebagainya.. semua switch ni berapa di overhead panel

2008-6-17_19-49-24-687_800×600.jpg

Sempat ambik gambar terakhir sebelum keluar aircraft…

17062008993.jpg

last but not least.. ni la dia cockpit aku yg sebenar… 19′ lcd monitor, microsoft sidewinder, keyboard and mouse

 

SEKIAN TERIMA KASIH…THANKS FOR FLYING MALAYSIA AIRLINES

New Vision Badminton Academy

Posted on the June 13th, 2008 under General by Budi Hermawan

Semalam kitaorang main badminton dekat court baru iaitu New Vision Badminton Academy di S13 PJ (belakang Jaya33).  tempat ni ada 15 rubberised international standard courts.. baru bukak sbb tu semua masih kelihatan baru lagi.. first ingatkan tak ramai yg datang so book hanya 1 court utk 2 jam.. but oleh kerana ramai datang.. kitaorang book 1 court lagi utk sejam.. maybe semua gian nak main badminton.. tak cukup lah sekali seminggu… kalau nak main di sini silalah hubungi nombor yg tertera d bawah ini :

New Vision Badminton Academy.
Price: RM20 per hour (Mon to Fri)/ RM30 for 2hrs (Sat & Sun)
Discount for Season Booking.

Pls Contact Yogendran: 0162168470 (National Badminton Player)
Yeoh Kay Bin : 0123161747 (National Badminton Player)

12062008983.jpg

Cikgu Gen dan Zachy

12062008984.jpg

Tengok lah dewan ni.. semua masih baru lagi

12062008986.jpg

Girls vs Boys

12062008987.jpg

Nakim dan Dzuld

12062008988.jpg

The girls

12062008989.jpg

 

 

 

 

 

 

Tawau dalam Google Earth sudah high-res

Posted on the June 11th, 2008 under General by Budi Hermawan

Baru baru ni masa tengah boring aku saja bukak Google Earth sbb nak tgk beberapa gambar imej satelit tpt menarik yg ada dekat area KL dan Selangor ni then aku pun pergi la try tgk Tawau.. aku perasan ada benda yg lain sbb gambar Tawau dah clear!!.. last time aku tgk hanya bahagian airport dan sekitarnya sahaja yg high res but now the whole Tawau sudah clear… best best! mmg Google dah update imej utk Google Earth dan kali ni Tawau dah termasuk dalam senarai high res..

Lepas tu aku pun carik la beberapa tpt tpt yg menarik yg ada di tawau.. dan ini lah hasilnya (sila klik gambar utk high res):-

kgpukat.jpg

1. Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut – Ini lah dia tempat aku dilahirkan lebih kurang 30 tahun dahulu.. for your info, aku dilahirkan dirumah bukan di hospital..rumah tu masih di huni oleh my makcik..rumah dekat2 situ mostly adalah my family sebelah my mom….boleh nampak rumah di atas air dan kampung ini dulu mmg ramai nelayan sbb tu nama dia Kg Pukat..

 

hilltop.jpg

1. Hilltop Tawau – Aku tak lama tinggal di Kg Pukat sbb lepas tu aku dan keluarga berpindah ke HillTop rumah nenek sebelah bapak. Best tpt ni sbb dibelakang rumah nenek aku ada sungai so biasa la budak budak masa tu.. skit skit p mandi sungai… satu lagi.. rumah nenek aku ni betul2 berada di laluan kapal terbang nak landing atau takeoff.. so setiap hari aku boleh tgk kapal terbang dan mendarat .. mmg bising jugak la.. sbb selalu tgk tu la aku bercita cita jadi pilot tapi tak jadi…hahahaha

bt2.jpg

3. Batu 2 Jalan Apas – Tak silap, aku pindah tpt ni masa aku darjah 3 atau 4.. ni mmg rumah famili aku so tak tumpang sapa sapa.. byk jugak kenangan aku di rumah ni sbb di sini la aku membesar… kalau tgk map tu aku ada tanda tanah perkuburan.. so kalau nak pergi rumah aku ni mmg kena lalu tanah perkuburan tu.. seram jugak la.. yg tak bestnya rumah ni kalau time musim hujan.. selalu kena banjir pas tu nak membersihkannya pun satu hal..

bungatulip.jpg

4. Taman Bunga Tulip – di sinilah famili aku tinggal sekarang..masa pindah sini aku tak berapa di Tawau.. sedih jugak sbb aku tak sempat nak ucap selamat tinggal dengan rumah di Batu 2 tu..rumah ni betul2 dekat dengan sekolah menengah aku dulu.. kalau tgk map tu boleh nampak betapa SMK Tawau tu betul2 bersebelahan dgn airport lama.. masa aku dulu airport tu masih digunakan so bayangkan la hari hari kena belajar sambil mendengar bunyi bising kapal terbang…

 

tawautown.jpg

5. Bandar Tawau – ni la dia bandar kebanggaan aku.. hehehe.. aku siap tanda beberapa tpt menarik termasuk cc adik aku Chat n Browse.. banyak kemajuan sudah bandar ni.. sapa sapa yg ada software google earth boleh zoom lebih detail lagi..