Archive for April, 2008

Chelsea vs Manchester United Live!

Posted on the April 26th, 2008 under General by Budi Hermawan

- Klik sini utk live web tv -> WebPlayer

layan lagu di Last.fm

Posted on the April 23rd, 2008 under General by Budi Hermawan

lastfm.jpg

Sapa sapa yg selalu online tapi rasa sunyi dan boring sbb asyik dengar lagu yang sama setiap hari.. aku recommend masuk la web Last.fm ni.. just taip artis apa yg di minati dan lagu artis dan genrenya akan di main kan.. sebagai contoh kalau minat Westlife, lagu lagu artis lain seperti Backstreet boys, Gareth Gates, Take That, A1 dan sebagainya..kualiti streaming pun not bad.. selama aku dgr last.fm ni guna streamyx tak pernah lagi tersekat sekat…

sekarang ni sebelum tidur, aku akan dengar lagu Kenny G, so semuanya lagu instrumental yg slow dan yang paling penting dapat menenangkan hati yg boleh buat aku tidur lena… :) )

 

Gigi aku sakit!!!!….

Posted on the April 23rd, 2008 under General by Budi Hermawan

Ya Allah.. seriously sakit… 2 malam aku tak boleh tidur gara gara sakit gigi… ntah knp tiba tiba datang menyerang.. start malam isnin lepas.. sebelum tu makan dekat Kayu SS2 lepas main badminton.. sampai rumah tiba tiba sakit.. 1 malam aku tak boleh tidur… besok hari ambik MC gi klinik.. sampai klinik doktor cakap gigi geraham aku berlubang dan kena bakteria sbb tu sakit.. tapi tak boleh cabut sbb tgh sakit.. lagipun mungkin gigi aku tu boleh d selamatkan lagi.. maybe kena tampal or buat root treatment.so dia bagi ubat antibiotik  utk aku makan.. jumaat suh datang balik…kalau nak cabut jgk pun mungkin kena buat minor surgery sbb wisdom teeth ni dia tertanam skit.. alamak cuak ni…

22042008886.jpg

sebelum gi klinik aku sempat singgah mcD dekat rumah makan bubur ayam dan burger 

 

Malam semalam sakit lagi.. walaupun tak sakit macam sehari sebelum tu.. tapi still aku tak boleh tidur d buatnya.. rasanya kul 4 pagi baru aku boleh lelap.. arghhh.. nasib baik siang tadi ok walaupun masih terasa sikit kesakitan tu..

Last time aku sakit gigi ni seingat aku masa aku still study d UKM dulu.. time tu sakit mmg tak ingat.. sampai beguling guling aku menahan kesakitan.. masa aku jumpa dr.. dia bagi ubat tahan sakit jgk then suh balik dalam masa 3 hari.. lepas 3 hari tu aku datang balik dia cakap kena cabut.. masa nak cabut tu aku rasa sakit gila walaupun dah kena bius.. dr cakap takyah cabut kalau sakit.. aku cakap cabut je doktor.. dah tak tahan sakit.. then doktor tu pun cabut…heheheh.. sakit mmg sakit.. tapi sbb dah tak tahan menahan sakit hampir setiap malam.. aku nekad nak cabut jgk at all cost…

1 person likes this post.

Anugerah Industri Muzik 15 (AIM15)

Posted on the April 23rd, 2008 under General by Budi Hermawan

fireshot-capture-_2-anugerah-industri-muzik-15-2008-aim_com_my.jpg

Tahun ni Anugerah Industri Muzik 15 akan berlangsung pada 3 Mei 2008 di PWTC, KL. Biasanya AIM ni akan di adakan sekitar bulan april, but tahun ni di lambat sedikit. Mungkin sbb ABP dan APM yg sudah book time bulan 3 dan 4… tahun ni nampaknya aku terlibat lagi dgn AIM..rasanya dah 4 tahun aku terlibat AIM.. duduk backstage buat live infocast..tahun ni, company aku masih lagi di beri kepercayaan oleh AIM utk membina laman web rasmi AIM15 yg boleh d akses di alamat http://www.aim.com.my

Tahun ni juga laman web AIM akan membawakan INFOCAST live dari PWTC bermula pada 2hb Mei hingga malam kemuncak 3hb Mei.. sapa sapa yg taktau apa itu INFOCAST, actually INFOCAST ni adalah salah satu page khusus yg ada di web AIM yg mana pengunjung boleh melihat gambar2 artis tengah rehersal, make up, red carpet dan gambar2 belakang pentas yg korang tak boleh nampak live dekat TV sbb kitaorang standby di belakang pentas.. dan gambar akan di update setiap masa so setiap minit pasti akan ada gambar baru.. don’t forget to check it out at http://www.aim.com.my/infocast/aim15

Di samping itu juga.. kepada sesiapa yg berada d area KL ada sekitarnya, jika berminat mahu meyaksikan malam kemuncak AIM15 live di PWTC, pihak Akademi telah memberikan 8 tiket percuma utk pengunjung laman web AIM15.. all you have to do is answer few questions and put some interesting slogan and that’s it.. pemenang akan di hubungi melalui telefon selepas peraduan tutup 1hb Mei nanti..

The makan makan lepas bassminton

Posted on the April 15th, 2008 under General by Budi Hermawan

Malam ni lepas sessi badminton, bro amirul ajak ke D’Kayu SS2 utk makan makan sbb dia nak open tablesempena hari jadi beliau yg jatuh pada hari semalam.. sampai D’kayu time parking tu aku perasan Ella tgh park kereta betul betul d belakang aku.. then bila aku keluar.. Gen gelak.. aku tanya kenapa gelak.. rupanya dari court tadi Ella follow aku dari belakang sbb ingat aku amirul.. power jgk kereta aku ni dari belakang mcm toyota harrier.. hahahah… here are some of the pics :

14042008872.jpg

sebelum makanan tiba…

14042008875.jpg

eh aku lupa la apa nama makanan ni.. tapi Ella cakap sedap..

14042008876.jpg

ni la yg aku makan malam tadi.. Maggi Goreng Ayam

14042008880.jpg

Roti Nan yg Nakim order tapi tak habis…

14042008881.jpg

Fly, Nakim & Ella.. gambar ini di ambil setelah nakim berjaya meyaiko Ella utk beli bass Fly..

Jom Chat d IRC

Posted on the April 13th, 2008 under Uncategorized by Budi Hermawan

 

Aku mmg suka chat dan application chat yg aku suka ialah MIRC. Baru baru ni aku terjumpa satu web ni melalui Stumble Upon iaitu MIBBIT. MIBBIT ni boleh dikategorikan sebagai Web Based Chat yg mana user boleh connect ke server irc hanya dengan menggunakan browser. Aku suka mibbit ni sebab dia laju dan user interface menarik sbb ianya menggunakan AJAX. Sekarang ni mibbit telah release semacam API yg membolehkan user utk ‘embed’ Mibbit ke website masing masing.. so aku pun try la.. dan ini la hasilnya..

mibbit.jpg

Buat masa ni, aku set chatroom ni utk connect ke #tawau sahaja dan menggunakan server irc.dal.net port 6667.  Sapa mo try script ni.. sila klik url ni –> http://irc.budihermawan.com


 

Muka aku keluar paper NST hari ni…

Posted on the April 8th, 2008 under Aktiviti by Budi Hermawan

nst.JPG

OK cerita dia macam ni.. last month Norlina dari E-media NST buzz aku kat YM nak mintak tolong sbb kawan dia reporter dekat NST bahagian Tech n U nak buat “Street Poll” pasal trend mobile gadget sekarang ni.. so aku pun no problem la.. lagipun pasal mobile ni mmg aku minat.. then tak lama lepas tu reporter tu hantar email kat aku dgn beberapa questionaire yg aku kena jawab.. jawapan aku adalah berdasarkan kpd handphone yg aku guna skrg iaitu Nokia N73 ME.. at first aku ingat ni just ’survey’ sbb nama pun “Street Poll” tapi reporter tu mintak attach gambar sekali.. oleh kerana masa yg suntuk.. aku pun attach la gambar yg sempat aku jumpa dalam laptop aku..

n73.jpg

my Nokia N73 Music Edition – benda ni la yg aku cerita dalam artikel tu

 Actually aku expect benda ni dah keluar lama dah.. tapi tak keluar keluar jgk.. so aku ingat reporter tu dah taknak publish cerita tu.. tapi hari ni dgn tak di sangka sangka keluar jgk…hehehe..

Tadi masa breakfast, din yg tgh baca paper NST section Tech n U tiba tiba cakap… “eh apsal muka ko ada kat NST ni budi”.. sekali tgk mmg muka aku..tapi buruk siot.. siap crop betul betul kat muka.. padahal gambar tu background dia best sbb ada Star Cruise kat belakang tu masa trip aku ke Singapore last year…hahahah..

Sapa nak baca the whole artikel, sila download pdf NST di bawah ni…

NST Tech n U (07/04/08) – 2.8 MB

Dapat T Shirt Dari oversea

Posted on the April 1st, 2008 under General by Budi Hermawan

 

29032008868.jpg

Sebelum ni aku pernah dapat t shirt RCSI (Royal College of Surgeons in Ireland) yang dikirimkan oleh cik Jamilah yg sedang mengambil jurusan kedoktoran di sana,  last week aku dapat lagi kiriman baju University of Surrey, UK yang di kirim oleh cik Effarizah atau nama manja dia ipa.. dia ni sudah lama aku kenal.. masa dia kecik lagi sbb aku selalu pergi rumah dia cos abg dia adalah best friend aku dulu…. even masa dia baru masuk USM, Kubang Kerian dulu pun aku pernah pergi melawat dia di sana.. hari tu terjumpa balik melalui friendster..now dia sudah besar panjang dan sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang master di University of Surrey..alhamdulilllah.. thanks ya ipa.. i owe u makan makan nanti kalau balik malaysia :) )))

Makanan Tawau

Posted on the April 1st, 2008 under General by Budi Hermawan

Berada terlalu lama di tanah semenanjung ni kadang kadang membuatkan aku rindu dan teringin utk merasa beberapa makanan dari Tawau.. So semasa aku di Tawau hari tu.. aku tidak melepaskan peluang utk melepas rindu aku yg teramat sgt dengan makanan ni semua.. ni dia beberapa gambar yg sempat aku tangkap

15032008786.jpg

1. NASI KUNING (Gerai Acil, Batu 15). Ni dia makanan favorite aku, Nasi Kuning.. sapa sapa yg berpeluang pergi ke Tawau.. jgn lupa utk rasa makanan ni.. di semenanjung ni kira mcm nasi lemak la sbb biasanya ianya di makan utk breakfast.. nasi kuning ni aku beli dekat Gerai Acil.. kalau on the way ke bandar tawau dari airport pasti akan lalu gerai ni..

18032008845.jpg

2. NASI KUNING HJ TAMRIN (Bandar Sri Indah). Nasi Kuning Hj Tamrin ni amat popular di tawau. Gerai ni dekat sungguh dari rumah baru aku di Bandar Sri indah.. mulanya aku tak perasan kewujudan gerai ni.. tapi satu hari tu aku ternampak iklan gerai ni dekat simpang masuk ke rumah aku.. then esoknya aku bawak skali anak aku, Ahmad Zarief pergi makan dgn aku di gerai ni..mulanya aku plan mau pergi gerai ni lepas hantar zarief ke sekolah..tapi tiba tiba zarief tak mau pergi sekolah sebab mau main sama ayahnya so terus kitaorang pergi gerai ni.. sangat dekat dgn our home.. time ni aku ambik lauk telur, ikan dan daging…semuanya berharga RM6.. quite cheap la tu sbb 3 lauk.. pas tu nasi kuning tu aku share ngan zarief..

11032008720.jpg

3. GADO GADO (Pasar Tawau). Ni mom aku belikan di bandar Tawau.. teringin betul mau makan gado gado ni.. di semenanjung ni aku pernah makan gado gado sebenarnya.. tapi tak lawan gado gado di tawau.. lebih original in my opinion..

 

11032008730.jpg

4. STEAMBOAT @ Q-Daily (Sin Onn). Aku sebenarnya tak pernah tau keujudan restoran ni.. mungkin sbb kedudukannya yg agak tersembunyi. So bila geng likearose ajak aku makan di sini, aku hampir sesat sebab tak tau jalan.. mmg best tempat ni.. hanya rm22 per head tapi boleh makan segala jenis seafood dan landfood sampai pengsan.. cuma aku agak menyesal sbb time ni aku sudah kenyang.. (thanks to ida, anne dan sabrina sebab belanja aku makan)

lelek.JPG

5. SAYAP AYAM LELEK (Pasar Gantung). Ni la sayap ayam paling femes di tawau. Hari tu aku order 20 ketul sayap then makan beramai ramai 1 famili.. mmg sedap gila babas dan ditambah lagi dengan kuahnya yg pedas.. nyum nyum!

17032008842.jpg

6. Spagheti Seafood (Olive). Ok ni bukan makanan originally dari tawau.. but aku letak jgk sbb benda ni aku makan di tawau bukan di semenanjung.. masa aku balik ari tu aku perasan yg sekarang nibut sudah wujud beberapa restoran yg agak eksklusif di tawau and Olive is one of them..