
Malam tadi en Sarip belanja makan sate di R&R Awan Besar Highway KESAS. Semuanya ada 4 org, aku, arman, kicong dan tukang bayar sarip. Aku rasa dalam 90 cucuk kitaorang order malam tadi.. tapi tak habis sbb konon semua tgh diet..
yg tak best.. janji kul 8.. tapi kul 9 baru sampai..aku ni punctual orgnya.. sejam aku tunggu sorang sorang.. nasib baik lah tpt tu ramai org.. so boleh la aku duduk sambil perhatikan org yg tgh makan dekat situ.. tapi tak apa.. tukang spend mmg berhak utk datang lambat sbb guna duit dia.. hehehe
anyway.. terima kasih Sarip sebab belanja kitaorang semua… phone ko mmg canggih la sarip.. hehehe
Zachy baru sms aku dari Maldives bagitau konsert Rockstorm yang sepatutnya dijalankan malam ni terpaksa ditunda ke esok (1 February) atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, konsert besok still boleh didengar secara live streaming. Zachy bagitau aku tadi slot diaorang main dalam jam 11pm waktu Malaysia. Sila rujuk ke post aku sebelum ini utk link live streaming

Baru tadi Zachy bagitau aku melalui YM yang Loloq atau nama betul beliau Rosli Khamis baru meninggal dunia di Pusat Perubatan Damansara.. aku baru baca pasal dia masuk hospital semalam tapi dalam keadaan stabil.. but hari ni sudah tiada.. Alfatihah

Start hari ni sampai 3hb Februari, Airasia menawarkan tiket percuma ke semua destinasi untuk tempoh menerbangan dari 26 Februari-15 May 2008. Walaupun free, penumpang still kena bayar tax dan admin charges. Tadi aku check penerbangan LCCT-Tawau utk bulan 3, mmg byk yg seat free lagi. Pulang balik dalam RM140. So kepada sesiapa yg bercadang hendak melancong ke Tawau, silalah tempah tiket anda cepat2…
Dengarkan Seventh Kingdom Live di Konsert ROCKSTORM Maldives melalui ‘Online Streaming’ pada 31 Januari 2008 bermula jam 11 malam waktu Malaysia
ROCKSTORM ONLINE STREAMING
Ramai org tanya aku bila aku mau sambung cerita ni.. baiklah.. atas permintaan ramai.. aku sambung sebelum aku lupa… hehehe.. utk baca part 1.. sila tekan sini
DAY2(13 Disember 2007)
Lepas mandi tgh malam tu.. kitaorang pun turun utk shopping.. tpt ni mmg best dan salah satu sbb kitaorang tinggal di area ni.. MUSTAFA CENTER, adalah satu shopping complex yg macam sama dengan Mydin di KL but Mustafa ni lagi besar dan yang paling best, buka 24jam.. ia mempunyai 2 bangunan 5 tingkat dan 2 tingkat berada di bawah tanah.. 2 tingkat bawah tu bersambung dengan antara 1 bangunan dengan bangunan yang lain..

Mustafa Center di belakang dan hotel di sebelah kiri
Floor yang kitaorang pergi adalah yang paling bawah sekali.. floor ni khusus utk baju.. baju mmg banyak gila.. segala macam brand ada.. malam ni aku tak beli apa apa sbb niat aku mmg nak survey dulu.. antara yang menarik perhatian aku di floor bawah ni adalah jersi dan baju Yonex.. pas tu kitaorang masuk ke bahagian elektrik, mmg banyak barang barang yang murah.. tapi aku hanya mampu tengok saja la..

bahagian beg wanita..
Then naik satu floor.. floor ni khusus utk kasut.. kasut mmg banyak gilerrrr… daripada Yonex hingga la ke Adidas.. tapi yg aku pelik.. walaupun kasut tu sungguh mahal.. tapi kasut tu just diletak macam tu saja.. nampak macam murah.. sebelah floor ni ada tpt utk budak budak.. iaitu mainan.. sempat tgk tgk jgk mainan utk Zarief..
Lepas round floor ni kitaorang sudah tidak larat.. seharian sudah letih berjalan.. lagipun malam sudah lewat subuh.. tpt ni pun 24 jam.. dekat hotel lagi.. so tak kisah.. anytime boleh lawat.. sebelum naik hotel.. kitaorang singgah kejap dekat cyber cafe.. lebih kurang sejam.. kitaorang balik hotel then terus tidur.. awal pagi kitaorang sudah dikejutkan oleh suara mesingan dari bilik sebelah.. bukan mesingan betul.. tapi mainan.. mcm aku cerita sebelum ni.. hotel kita ni low badget.. so suara bilik sebelah mmg boleh dgr.. bangun pagi then trus turun utk breakfast.. lepas breakfast sempat menjenguk Mustafa Center.. time ni kitaorang round area perfume.. aku tertarik dgn perfume Adidas.. cuma SD7.50.. murah tu.. aku rasa di KL perfume ni dalam RM40++.. tapi tak apa.. masih ada byk masa lagi.. lepas tu kita orang naik hotel sekejap berehat sebelum gerak ke office Smarttpapers.. dalam around 12.30pm.. kitaorang turun dan naik teksi utk ke Ubi Road 3.. di Singapore ni mmg agak mudah utk mendapat teksi.. teksi pun canggih.. siap ada GPS… so mmg teksi tak boleh sesat di Singapore ni.. uncle driver teksi kitaorang tu siap demo lagi penggunaan GPS tu.. dia taip Ubi Road 3 then tekan Enter.. map ke Ubi Road pun keluar.. siap boleh tau berapa jarak dan masa utk sampai ke destinasi.. aku ngan Zachy hanya mampu mengangguk kekaguman.. hehehe.. tapi walaupun cam tu.. kitaorang sesat sbb tak dapat cari alamat office Smarttpapers.. jalan sudah betul.. tapi kitaorang salah arah.. but finally sampai.. tambang dalam SG9..

Driver sedang menerangkan fungsi GPS.. cool!

Office Smarttpapers Singapore
Tak payah la aku cerita pasal meeting ni.. tapi meeting ni hanya lebih kurang 1 jam lebih.. lepas tu kitaorang terus ke bus stand seberang jalan.. kali ni kitaorang mau try naik bas..menggunakan perkhidmatan bas di Singapore ni sungguh mudah kerana di setiap bus stand ada no bas dan destinasi yang kan dilaluinya..masa tu kitaorang plan mau turun dekat Arab Street.. aku tak ingat kitaorang naik bas no berapa..yg aku ingat bas tu double decker.. tapi yg aku tgk dari bus stand yang kitaorang naik tu ke Arab Street kena melalui lebih kurang 20 bus stand.. mak aii punya la banyak.. tapi bagus jgk.. sbb time tu la aku boleh tgk lagi banyak tpt tpt di Singapore ni..

depan Masjid Sultan @ Arab Street
Sampai Arab Street kitaorang terus makan.. restoran ni betul betul depan Masjid Sultan.. kedai ni nampak baru bukak.. kitaorang makan Nasi Beriyani Ayam Madu.. not bad.. pas makan kitoarang terus balik hotel naik cab.. sampai hotel terus mandi tukar baju dan tunggu mr Rizal (member Singaporean yang study di ICOM KL) utk bawak kitaorang jalan jalan di Orchard Road..

gambar2 di Orchard Road
Ke Orchard road ni kitaorang nak MRT.. time tu org tgh balik kerja.. so mmg meriah.. kitaorang naik MRT di Ferrer Park then tukar MRT dekat Dhoby Ghaut utk ke Orchard Station.. Orchard road ni lebih kurang macam Bukit Bintang kalau dekat KL.. tpt utk org high class.. shopping mall pun semua yg mahal mahal.. kebetulan masa ni mau Krismas.. so sepanjang jalan ni di hiasi dengan lampu yang indah.. mmg lawa betul tempat ni.. oleh kerana kitaorang di sini adalah foreigner.. so kitaorang pun berlagak lah seperti tourist.. ambik gambar sana sini.. Zachy sampai amik video siap ada ulasan.. “OK kita skrg berapa di Orchard Road.. depan kita ini adalah Takashiemaya dan seberang jalan adalah… bla bla”.. hehehehe.. jalan Orchard Road ni mmg panjang.. sepanjang jalan ni.. kiri kanan adalah bangunan shopping complex yang cun dan hotel 5 stars.. antara yg aku ingat ialah Tangs, Lucky Plaza, TakashieMaya, Plaza Singapura, Paragon dan banyak lagi.. masa jalan jalan tu aku beli karipap dekat Old Chang Kee.. karipap ni punya la besar.. isi dia ayam dan telur.. mmg sedap.. harga 1 karipap SD1.. Zachy cakap kedai ni ada dekat kl.. area Bukit Bintang..aku mmg plan mo carik gerai ni dekat KL nanti sbb karipap dia mmg superb..
Kitaorang jalan dari hujung ke hujung Orchard Road ni.. kaki aku malam tu mmg sakit gila.. perut pun lapar.. then mr Rizal bawak kitaorang makan satu tpt makan yang best dan halal.. first tu dia tunjuk macam dekat.. so kitaorang pun ikut la jalan.. rupanya jauh gila..huhuhuh.. tapi puas hati la makan di restoran ni.. nama dia Mackenzie Rex Restaurant.. aku order nasi putih dan ayam goreng sweet and sour.. masa makanan aku sampai aku confuse.. punya besar ayam sweet and sour dia.. mcm utk 3 org makan.. tapi mmg tu utk sorang.. waaa.. puas hati!.. sedap pulak tu.. aku rasa tu la ayam sweet and sour paling sedap aku makan setakat ni.. kalau aku pi Singapore.. aku sure p restoran tu lagi..

Gambar masa makan
Lepas makan, kitaorang ucap selamat tinggal to mr Rizal.. kitaorang balik hotel naik bas.. tapi sebelum naik bilik singgah lagi dekat Mustafa Center (haha.. Mustafa lagi…)… hehehe.. this time aku sudah ada mood utk shopping.. aku beli baju Yonex dan jersi Umbro..pas tu aku singgah area perfume dan aku borong 7 perfume Adidas yg berlainan bau..heheheh.. sebelum naik hotel kitaorang singgah CC sampai kul 2 pagi…
Bersambung…
Selepas Malaysia Open minggu lepas, sekarang ni pemain badminton terbaik dunia sedang bertarung di pusingan kedua Super Series 08 iaitu Korea Open. Kalau last week aku boleh tengok live depan mata aku sendiri sebab Bukit Jalil agak dekat dari rumah aku.. kali ni rasanya susah sedikit oleh kerana jarak dan harga tiket ke Korea yang sungguh mahal.. tapi terima kasih kepada kecanggihan Internet, walau pun jauh aku still boleh ikut perkembangan setiap perlawanan yang berlangsung secara ‘real-time’ di www.tournamentsoftware.com

Untuk melihat kedudukan terkini, jadual dan keputusan perlawanan di Korea Super Series 08 ni, sila tekan sini.. lepas tu klik ‘VIEW LIVE SCORE’ di sebelah kanan atas.. benda ni di nama kan ‘Visual Livescore’, di sini lah aku boleh nampak kedudukan mata setiap perlawanan yang berlangsung. Kemudian utk melihat jadual perlawanan atau keputusan yg sudah berlangsung boleh klik mana mana tarikh yang terdapat di laman web tersebut.
*semalam semua pemain Malaysia out kecuali doubles wanita.. Chong Wei retired sebab demam..
1 person likes this post.
Are you protective about others knowing what you’ve been doing in Firefox? This setting comes in handy, especially in work environments where you might be worried others are checking out what you’re doing. You can set Firefox to clear private data whenever you close out of Firefox.
1. In Firefox, click Tools > Options…
2. Select the Privacy tab.
3. In the Private Data area, you can check Always clear my private data when I close Firefox.

4. Taking this option further, you can click the Settings… button to configure what data you would like to erase when you close Firefox.
- Browsing History
- Download History
- Saved Form Information
- Cache
- Cookies
- Saved Passwords
- Authenticated Sessions


Apa sudah jadi sama Streamyx.. sudah 3 hari Internet slow macam siput.. aku amik pakej 1MB.. tapi connection skrg aku rasa 56Kbps lagi laju.. mo surf website oversea mmg slow.. sometimes dapat page not found.. hari ni even YM! pun tak boleh nak connect!!! arghhh!!!.. First aku ingat router aku problem.. aku restart beberapa kali.. but yg heran web dalam negara seperti Bharian.com.my, utusan.com.my boleh masuk macam biasa.. tapi web oversea semua slow.. masalahnya aku ni jenis surf mostly website oversea.. then aku cuba search forum.. dan mmg sah.. tmnet ada problem.. mmg ramai org komplen connection skrg slow..Din yg dekat KL pun cakap slow..
Bila aku check web tmnet.. tak ada plak announcement apa apa.. sure tmnet ni pemalas update website..
Better tmnet solve benda ni cepat cepat.. kalau tidak aku tukar ISP… erkk ISP? arghhh.. tpt aku hanya ada streamyx.. SUX!!!