Archive for the ‘Aktiviti’ Category
What you need :
1. Fast internet connection (1.0 Mbps or higher recommended)
2. A PC or Laptop
3. TVUPlayer software

What to do :
1. Go to www.tvunetworks.com and download TVUPlayer software
2. Install and launch the program
3. Click SPORTS tab (upper panel)
4. Look for channel #10007 CCTV-5 (Chinese) or #21500 Soccer (USA)
5. Enjoy the game
1 person likes this post.

Aku sudah tengok movie Iron Man 2 semalam..
Kebetulan hari rabu, tiket pun murah.. so aku dah rakan sekerja sepakat untuk menonton movie untuk menghilangkan rasa boring..
Generally, bagi aku movie ini biasa saja.. the first episode lagi best.. terlalu banyak cerita dan kurang action tapi mungkin akan ada episode yang ke 3.
Masa dekat movie tadi.. aku ternampak trailer Toy Story 3 yg akan start bulan Jun nanti.. yang ni wajib tonton..

Aku ni bukan kaki kereta.. bukan kaki modified kereta atau yang sewaktu dengannya..
Tapi aku suka tengok kereta.. apa lagi kereta kereta terkini di pasaran..
Untuk ni, hanya satu web yang aku akan lawati.. iaitu paultan.org..
Web ni kepunyaan orang Malaysia.. tapi bertaraf antarabangsa.. ada review keluaran kereta dalam negeri dan juga luar negara..
Link : www.paultan.org
1 person likes this post.
Minggu ni Internet nampaknya suka buat hal..
Satu loji kami Internet down.. so macam biasalah, lepas check semua internal setting ok.. aku call 100 untuk buat report..
Kali ni cik operator yang sambut.. aku pun dengan baik hati menyatakan akaun ID dan bagitau yang akaun tersebut tgh down
Oleh kerana aku dah biasa sgt call 100 ni.. aku dah tau apa jenis soalan yang akan ditanya.. so sebelum cik operator tu tanya.. aku dah buat ‘counter attack’ dulu dgn bagitau segala maklumat seperti (lampu DSL berkelip, tiada guna alarm sistem, dll)
Biasanya operator akan terus buat report tapi cik operator ni lain skit.. mungkin baru mula bertugas..
Mula mula dia tanya aku pasal DNS.. suruh check DNS dah set betul ka tidak.. then aku pun explain yang masalah ni bukan kerana DNS sebab benda tu dah set dan tiada apa apa pun yang diubah.. cuma Internet down..
Then cik operator tanya aku lagi pasal ping modem.. aku pun jawab modem boleh ping.. tiada masalah..
lepas tu dia tanya lagi.. ping tu ada dapat IP tak? .. masa ni aku dah mula senyum.. kalau dah boleh ping mesti boleh dapat IP..
then cik operator suruh aku ping google.. time ni aku dah gelak.. dah aku komplen pasal tak boleh masuk internet.. sure tak boleh ping google tu.. aku explain balik dengan cik operator tu yang lampu DSL blinking.. sure Streamyx problem tu..
cik operator suruh aku hold sekejap.. aku boleh dgr dia tgh berbincang dengan rakan sekerja dia.. last last rakan dia cakap.. open report..
lepas tu baru dia buat report..
1 person likes this post.
Selamat Tahun Baru 2010.. semoga tahun ini kita akan diberkati dengan limpah kurnia dari yang maha esa.. amin

Pasar Sim Sim
Sudah 2 malam berturut turut aku dinner dengan ikan bakar di pasar SIM SIM..
Kebetulan ada HR Manager dari KK datang melawat sandakan.. so aku dan maintenance mgr bawak dia makan makan ikan bakar..
tpt ni mmg selalu kitaorng pergi..sebab selalu pergi tu la sekarang ni dah boleh ambik lauk sendiri.. dah macam rumah sendiri.. hahaha
makan di sini boleh dikatakan berpatutan.. average sekali makan dalam rm5.. lepas tu nasi putih free flow.. boleh tambah sampai pecah perut.. boleh jugak ambik sayuran kalau berminat..
ada byk jenis ikan.. yg besar dan yg kecik semua ada (sori la aku mmg tak tau nama ikan ni)..
tadi tak sempat gambar.. insyAllah next time kalau ada kesempatan aku akan ambik gambar ikan dan letak di blog ni..
2 people like this post.
Sekarang aku sudah berada kembali di sandakan.. lebih 1 minggu d tawau tidak terasa.. cepat betul masa berlalu..
Last week raya.. syukurlah tahun ni aku masih dapat berhari raya bersama keluarga.

namun begitu.. raya aku tahun ni amat sederhana.. baju raya pun tidak beli except baju melayu.. kena save budget skit.. rumah terbuka pun tak banyak aku yg aku pergi.. hanya keluarga terdekat dan rakan rakan terdekat.. so kepada rakan rakan yang jemput datang rumah.. so sorry sbb tak dapat datang.. insyaAllah next year kalau panjang umur..
yang hepi adalah anak aku Zarief di tambah lagi dengan kehadiran anak buah aku Irfan dari Perak mmg menghangatkan suasana.. habis rumah nenek dorang ni kerjakan.. cushion pun boleh buat jadi kuda dan motorsikal..
cuti aku sebenarnya 4 hari.. tapi aku telah kensel 2 hari cuti.. sbb skrg ni aku kalau cuti kena potong gaji sebab tak cukup lagi 1 tahun.. so agak rugi kalau cuti lama lama.. lagipun aku mmg on assignment di tawau.. kalau tak kensel mmg tak siap kerja..

masa di tawau sempat jalan jalan cari makan di Daily Q bersama brothers.. Boss CNB yang belanja makan.. di sini makan stail steamboat.. kena masak sendiri.. pilihan makanan mmg byk.. mostly seafood..byk rm25 saja dan boleh makan sampai pengsan.. byk jugak aku makan malam tu.. terutamanya udang dan ayam..

sabtu malam.. aku dan brothers pergi tgk malaysia cup antara sabah dan selangor di stadium tawau.. ni la first time aku masuk stadium tawau yang baru siap..first tu aku ingat mesti sabah kena belasah lebih lebih lagi lawan selangor.. champion liga super.. tapi sabah hanya tewas 1-0..bagi aku sabah main OK tapi tiada finishing.. selangor pun nampak nervous sebab sabah selalu attack.. best chance sabah 1 minit sebelum masa pertama habis.. nasib baik gol keeper selangor cepat cover.. kalau tidak sure 1-1..

aku balik sandakan hari ahad.. sebelum balik aku sempat bermanja manja dgn my daughter amniey.. ya la melepaskan rindu la katakan.. sekarng amniey dah boleh ketawa dan senyum.. makin comel.. rasa geram tgk.. sebelum jalan sempat bisik dekat telinga dia yg ayah sayang dan rindu dia.. yg paling penting.. doakan agar dia jadi anak yang baik.. itulah doa yg aku selalu bisikan di telinganya bilamana aku mendukungnya.. moga Allah makbulkan.. amin.. sekarang ni pun ayah amat rindu dengan amniey dan zarief..
3 people like this post.

InsyaAllah aku akan balik tawau esok pagi..
Sebelum ni aku mmg ada cakap pasal masalah pengangkutan untuk balik raya di tawau..
Semalam untuk pastikan kenderaan ada.. aku call penjual tiket di stesen bas sandakan… jawapannya agak merisaukan aku.. tiada tiket bas akan di jual.. hari sabtu kena datang ke bus stand dan first come first serve..
bermain di fikiran aku.. bagaimana kalau bas penuh??? walaupun ada bas tambahan akan di sediakan.. selagi tiada tiket dalam tangan.. bererti aku belum confirm akan balik.. raya hari ahad.. so kalau miss.. sure kena beraya di sandakan.. semuanya di luar kawalan ku.. jadi aku hanya berserah pada Allah saja..
Dalam tgh hari.. big boss ajak aku ke loji segaliud.. nak aku install something dalam PC di sana.. on the way tu.. bostanya aku..
Boss : “Are you going back to tawau for raya”
Aku : “yes.. hopefully”
Boss :”why hopefully”
Aku : “just called bus operator just now.. they told me that they are not going to sell ticket for raya.. so i have to go to bus stand on saturday hoping that i can get a seat..i am sure lot’s of people are going back to tawau as well that day”
Boss : “nevermind la.. you go to tawau early.. this thursday.. do your work in Utara.. do you have work there?”
Aku :”of course.. need to talk to them about the maximo report that i’m working on”
Boss :”ok.. i will inform KK about this”
Aku : “thanks boss”
Syukur alhamdulillah..sekali lagi Allah menghulurkan pertolonganNya.. kalau kita mengharap pertolonganNya.. Allah pasti akan tolong..
aku teringat dalam bulan 7 dulu masa aku menunggu kelahiran anak perempuan ku.. aku sentiasa berdoa agar aku dapat berada di tawau semasa kelahiran anak ku supaya aku boleh mengazankan di telinganya.. as a father that moment la yang paling berharga sekali..
seminggu sebelum kelahiran anak ku.. tiba tiba aku dapat arahan dari management untuk ke tawau selama seminggu untuk membantu konsultan dari KL yang akan melawat loji air di Tawau..
semasa di tawau.. kerja ku telah selesai pada hari rabu.. dan sepatutnya aku akan kembali ke sandakan pada hari khamis.. tetapi aku dapat arahan lagi dari management utk stay di tawau sampai hujung minggu..
Guess what.. rabu malam khamis tu.. anak ku telah lahir dengan selamat di muka bumi dan aku berada di hospital untuk mengazankan puteri kesayangan ku itu.. dan dua hari extra yang aku ada telah aku gunakan untuk mengurus surat beranak..
subnallah.. sungguh cantik perancangan Allah utk aku.. syukur Alhamdulillah.. Pertolongan Allah masih tidak putus.. yang penting kita harus tau bersyukur..
“Seek help in patience and As-Salat (the prayer). Truly, Allah is with As-Sabirun (the patient).” – Surah Baqarah V 153
“They plot & plan, and Allah too plans; but the best of planners is Allah” (Al-Anfal:30)
2 people like this post.

Mee goreng, telur, fish ball dan karipap
Sekarang ni rekod berbuka puasa sebulan dengan nasi kuning sudah tidak dapat di pecahkan lagi..
Last week.. ada sekali aku terpaksa berbuka selain dengan nasi kuning.. bukan kerana aku tak mau beli. tapi sebab habis..
Hari tu aku berbuka dengan mee goreng, fish ball dan karipap.. alhamdulillah cukup mengenyangkan..
Kemarin.. tiba tiba aku terasa nak berbuka sesuatu yang lain.. terasa nak makan sesuatu yang agak ’standard’.. berbuka setiap hari dengan nasi kuning pun pasti akan rasa bosan jugak..
Akhirnya aku memilih untuk berbuka dengan KFC dan kebetulan aku berkesempatan untuk singgah di KFC batu 7 kemarin on the way to office..

KFC Dinner plate + Nugget
So far ini la makanan berbuka paling grand untuk aku.. kalau tahun tahun lepas.. pasti ada berbuka di luar seperti hotel dan restoran.. tapi this year agak sederhana buat aku..
Walaupun sederhana.. so far ini adalah antara ramadhan yang terbaik untuk aku berbanding dengan tahun tahun lepas.. Alhamdulillah..
2 people like this post.

Nasi Kuning & Air Kelapa sebagai juadah berbuka puasa
Tahun ni sekali lagi aku merasa berpuasa ditempat orang.. kalau sebelum ni aku pernah menyambut ramadan di Tawau, KK, Kuala Pilah, Bandar Baru Bangi, Sungai Besi, Kelana Jaya dan Puchong.. this year aku menyambut ramadan di Batu 16, Sandakan..
Tempat ni mmg agak jauh dari bandar.. boleh dikatakan area ni kawasan kampung..
Setiap ramadan.. ada 1 tempat yang orang pasti akan carik.. Bazaar Ramadan..
Tempat aku ni mmg tak banyak bazaar ramadan.. cuma ada 1 sahaja.. iaitu di Kg Gum Gum.. tak jauh dari rumah aku.. dalam 1 km.. jalan kaki pun boleh..

Bazaar Ramadan Kg Gum Gum Batu 16 Sandakan
Bazaar ni tak besar.. tak semeriah Bazaar Ramadan yang ada di SS6 Kelana Jaya, mau pun yang ada di Tawau.. gerai mmg tak banyak.. pilihan pun agak terhad.. tapi bagi aku apa yang ada pun sudah cukup bagus untuk aku.. cukup untuk aku berbuka dengan kenyang.. kalau pilihan banyak pun tak berapa bagus juga sbb mesti rasa mau beli lagi banyak..
Sekarang ni menu utama aku berbuka ialah Nasi Kuning..mmg makanan ni aku akan beli setiap hari hingga aku post ni.. aku tak pernah miss lagi berbuka nasi kuning.. dah kira wajib beli.. kalau tak beli rasa tak lengkap.. di samping itu aku juga beli kuih karipap dan air kelapa.. kadang kadang beli cucur udang atau martabak jawa.. tgk mood la..
Di sini aku akan berbuka seorang diri dalam bilik.. kalau sebelum ni biasanya at least 2-3 kali aku pasti akan berbuka di luar.. tapi di sini keadaan berbeza.. mmg tidak pernah lagi berbuka di luar.. tapi tak apa la.. it’s not a big problem..
Lepas maghrib aku akan pergi ke masjid Gum Gum untuk solat taraweh.. aku mmg impressed dgn penduduk kampung kalau dalam hal solat taraweh ni.. mmg meriah.. kalau on the way.. mesti dapat tengok semua penduduk kampung keluar menuju ke masjid.. tak kira tua atau muda.. mmg penuh.. sampai di luar masjid pun ada.. mmg happening..
Selain tu aku juga pernah singgah di bazaar ramadan Kinabatangan dan Sabindo Tawau..

Bazaar Ramadan Pekan Kinabatangan

Bazaar Ramadan Sabindo Plaza, Tawau
1 person likes this post.