Archive for the ‘Uncategorized’ Category

TM Call Center

Posted on the April 23rd, 2010 under Aktiviti, Uncategorized by Budi Hermawan

Minggu ni Internet nampaknya suka buat hal..

Satu loji kami Internet down.. so macam biasalah, lepas check semua internal setting ok.. aku call 100 untuk buat report..

Kali ni cik operator yang sambut.. aku pun dengan baik hati menyatakan akaun ID dan bagitau yang akaun tersebut tgh down

Oleh kerana aku dah biasa sgt call 100 ni.. aku dah tau apa jenis soalan yang akan ditanya.. so sebelum cik operator tu tanya.. aku dah buat ‘counter attack’ dulu dgn bagitau segala maklumat seperti (lampu DSL berkelip, tiada guna alarm sistem, dll)

Biasanya operator akan terus buat report tapi cik operator ni lain skit.. mungkin baru mula bertugas..

Mula mula dia tanya aku pasal DNS.. suruh check DNS dah set betul ka tidak.. then aku pun explain yang masalah ni bukan kerana DNS sebab benda tu dah set dan tiada apa apa pun yang diubah.. cuma Internet down..

Then cik operator tanya aku lagi pasal ping modem.. aku pun jawab modem boleh ping.. tiada masalah..

lepas tu dia tanya lagi.. ping tu ada dapat IP tak? .. masa ni aku dah mula senyum.. kalau dah boleh ping mesti boleh dapat IP..

then cik operator suruh aku ping google.. time ni aku dah gelak.. dah aku komplen pasal tak boleh masuk internet.. sure tak boleh ping google tu.. aku explain balik dengan cik operator tu yang lampu DSL blinking.. sure Streamyx problem tu..

cik operator suruh aku hold sekejap.. aku boleh dgr dia tgh berbincang dengan rakan sekerja dia.. last last rakan dia cakap.. open report..

lepas tu baru dia buat report..

1 person likes this post.

Year’s Biggest Full Moon, Mars Create Sky Show

Posted on the January 30th, 2010 under Uncategorized by Budi Hermawan

The biggest full moon of 2010 will rise in the east tonight, and it’ll appear with a bright sidekick: Mars will cozy up just to the left of the supersize moon.
January’s full moon is also called the wolf moon, according to Native American tradition associating this month’s full moon with wolves howling in the cold midwinter. (Take a moon myths and mysteries quiz.)
The 2010 wolf moon will appear 30 percent brighter and 14 percent larger than any other full moon this year, because our cosmic neighbor will actually be closer to Earth than usual.
The moon will be at its closest perigee—the nearest it gets to our planet during its egg-shaped orbit—for 2010 at 4:04 a.m. ET Saturday, reaching a distance of 221,577 miles (356,593 kilometers) from Earth.
At its farthest from Earth, the moon is said to be at apogee. Perigee and apogee each happen generally once a month, but the moon’s wobbly orbit means that the satellite’s exact distance at each of those events varies over the year. The moon’s phase can also be different during each apogee and perigee.
“This month has the largest full moon of 2010, because it coincides with the special moment when the full moon happens to occur on the same day as it is at perigee,” said Marc Jobin, an astronomer at the Montréal Planetarium.
And in a remarkable coincidence, Mars is at opposition tonight—directly opposite to the sun in the sky—so that as the sun sets in the southwest, Mars rises in the northeast.

1 person likes this post.

Siti Nurhaliza Seksi

Posted on the January 6th, 2010 under Uncategorized by Budi Hermawan

Jangan tersalah sangka.. anda tidak akan dapat gambar siti nurhaliza seksi di sini.. tujuan aku menulis post ini adalah kerana aku perasan beberapa visitor masuk ke dalam blog aku ini berasal dari keyword ’siti nurhaliza seksi’..

aku pun taktau la kenapa boleh keyword tu masuk sini.. mungkin kerana sebelum ni aku ada cerita pasal siti nurhaliza..

ini menunjukkan bahawa ada jugak surfers yang beriya iya cari gambar seksi siti nurhaliza.. personally aku belum pernah lagi ternampak gambar siti seksi..

on another note.. aku mmg minat siti.. semua lagunya masih aku dengar hingga ke hari ini.. yang paling best, aku dah pernah jumpa siti beberapa kali.. tak percaya? di bawah ini lah buktinya.. hehehe

Susahnya mau balik Tawau

Posted on the September 1st, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

290820091796

Sabtu lepas aku balik Tawau sempena cuti panjang Hari Kemerdekaan..

Kali ni aku plan balik naik bas.. actually ini kali pertama aku naik bas balik Tawau dari Sandakan ni.. sebelum ni aku tumpang orang..

First aku ingat ada banyak bas laluan Sandakan – Tawau di sini.. sebab ikut pengalaman aku laluan Tawau – Sandakan memang setiap jam ada.. last bas dalam jam 2 petang…

Ketua Menteri Sabah datang melawat Loji Rawatan Air Segaliud

Posted on the August 28th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

 

Staf Loji sedang menunggu kedatangan Datuk Seri Musa Aman

Staf Loji sedang menunggu kedatangan Datuk Seri Musa Aman

Malam tadi masa aku di Kinabatangan aku dapat sms dari Samasudin:

“Budi, kau kena datang segaliud esok jaga SCADA”

Straight away aku balas:

kenapa?”

Jawapan aku terima selepas itu:

“CM mau datang loji”

Awal pagi aku dah pakai smart skit.. ya la kan CM mau datang..

Sampai loji ramai dah ada.. hari ni semua staff di kerahkan ke sana..

Dalam jam 10.30 pagi.. CM sampai.. bukan naik kereta.. tapi naik helikopter.. landing di satu kawasan lapang di tepi tasik.. view mmg lawa

Sampai loji dia terus di beri taklimat.. lepas tu terus naik ke SCADA room.. kami dalam tu buat buat sibuk..

Lepas tu dia terus ke Lab, DAF, Filter dan Contact Tank..

CM sedang diberikan taklimat mengenai SCADA

CM sedang diberikan taklimat mengenai SCADA

 

Dalam Lab, contractor siap minum air dalam lab tu untuk membuktikan yang air dalam loji tu bersih.. they did offer to CM, tapi CM cakap “sorry, i’m fasting”

Dalam 30 minit lepas tu.. dia terus naik heli balik ke bandar Sandakan untuk solat jumaat..

Sebenarnya ni lawatan tak rasmi.. cuma kebetulan CM berapa di Sandakan hari ni.. so dia singgah sekejap untuk melawat walaupun jadual dia agak padat..

Mungkin lawatan ni disebabkan oleh beberapa laporan media mengenai air Segaliud yang tercemar..

Kepada penduduk Sandakan, percayalah air yang anda minum adalah selamat..

Di sebat atau tidak di sebat?

Posted on the August 25th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

from www.harian.com.my

Sumber gambar : www.harian.com.my

“akak tidak puas hati la Budi tentang hal ni.. mana adil kalau wanita minum arak kena rotan tapi kaum lelaki yang buat tidak pernah kena pun.. akak mmg kurang setuju”..

Begitulah luahan kakak Rosimah petang tadi bila baca berita tentang hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.. masa aku tengah buat kerja aku yang tidak jauh dari tempatnya di Loji Air Kinabatangan..

Aku hanya pandang balik dengan tersenyum sambil menganguk..

Soal hukum ni aku tak mau komen.. tapi kalau fikir mmg ada betul jugak kata kata kakak tu.. to be fair.. semua yang kena tangkap mesti di kenakan hukum yang sama..

What say you???

Sabar hadapi ujian dijanjikan syurga

Posted on the August 23rd, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

patience1

SESEORANG yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)

Allah berfirman yang bermaksud:

“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

4 people like this post.

Software : Malaysia Radio v3

Posted on the August 19th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

mrv3

Semasa aku berada di semenanjung dulu.. salah satu rutin harian aku adalah mendengar radio.

Hampir setiap hari dalam perjalanan ku ke ofis.. aku akan meredah traffic jam di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang tersangat jem itu.. dan time tu lah aku akan mendengar radio untuk menghilangkan tension ku terutama terhadap pemandu yang suka potong line.

Sejak aku balik Sabah, aku sudah jarang dengar radio.. lagipun radio kegemaran aku, Hitz.FM, Mix.FM, Hot FM tidak dapat didengari di kawasan Tawau dan Sandakan.. kalau nak dengar pun kena dengar dekat Astro.. tak best!.. Sabah pun ada radio sendiri.. bukan aku tak suka dengar.. cuma aku tak suka dengar radio yang banyak cakap..

Baru baru ini aku terasa gian nak dengar Hitz.FM.. aku rindu nak dengar program GOTCHA! yang akan suka mengenakan orang..

Dalam zaman teknologi canggih ni..aku terfikir.. tak mustahil aku boleh dengar radio melalui Internet.. dan setelah beberapa ketika mencari akhirnya aku jumpa software ini..

Nama dia Malaysia Radio version 3.. guna software ini boleh dengar banyak stesen radio di Malaysia.. tapi aku tak cuba semua .. bagi aku yang penting stesen radio yang aku minat semua ada.. part paling best.. Hitz.FM dan Mix.FM tidak memerlukan bandwith yang tinggi.. so dengar guna streamyx tak akan tersekat sekat.. mungkin guna 3G pun cam tu..

Now, setiap pagi hidup aku diceriakan dengan celoteh Morning Crew Ian dan JJ hanya di Hitz.FM..

Software boleh di download di sini

7 people like this post.

Cita cita Ahmad Zarief

Posted on the August 16th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

010620091639

Perbualan ini berlaku antara aku dan Ahmad Zarief dalam minggu lepas melalui telefon..

“Ahmad sudah makan?”

“Sudah ayah”

“Tadi ayah nampak kapal terbang MAS Wings yang Ahmad naik dgn Ibu masa datang Sandakan hari tu”

“Yang ada kipasnya tu ayah?”

“A’ah.. nanti ayah balik sana kita main kapalterbang lagi ya.. ayah jadi pilot, Ahmad jadi co-pilot”

“Tapi sekarang Ahmad mau jadi doktor la ayah”

“haa baguslah tu… hari tu masa adik lahir di hospital tu ahmad ada tgk kan ada ramai doktor di situ. begitulah kerja ahmad nanti”

“kalau begitu ayah mau jadi pilot la ayah”

Pulak dah!

1 person likes this post.

Segaliud

Posted on the August 16th, 2009 under Uncategorized by Budi Hermawan

Segaliud WTW