Review : Konsert 30 Tahun Fenomena Search Di Tawau

Posted on the January 2nd, 2012 under Uncategorized by

First of all aku mau ucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada Rockstar Entertaiment kerana sudi menjemput aku sebagai media utk menyaksikan Konsert  Search di Tawau baru baru ini.

Mungkin review ini agak lewat, tapi rasanya ianya masih diperkatakan oleh peminat Search memandangkan konsert di Sarawak baru habis malam ni.

Aku ada sedaya upaya untuk review konsert ini seikhlas mungkin dan semuanya adalah berdasarkan dari pemerhatian ku sepanjang persiapan dan konsert berlangsung.

1. Promosi

Ada juga orang mengadu tidak tau tentang adanya konsert ni lebih lebih lagi orang Tawau yang berada di luar Tawau. Tapi ini boleh di fahami kerana pengesahan konsert ini berlangsung memang agak lambat. Lebih kurang 1 sebulan sebelum konsert kalau tidak silap.

Namun begitu pujian juga harus diberikan kepada Promotion Team kerana bunting dan banner ada di mana mana. Aku perhatikan mereka juga sangat agresif dalam promosi dan sanggup ke tempat yang jauh semata mata untuk menjual tiket.

2. Venue

Tiada tempat yang lebih sesuai daripada Stadium Tawau. Sejak di buka, stadium ini memang menjadi pilihan dalam beberapa konsert sebelum ni seperti Double Trouble.

3. Pentas

Dalam sesuatu konsert, memang pentas agak penting. Ianya menentukan betapa prestijnya sesebuah konsert itu.

Pentas konsert Search ni memang adalah antara yang terbaik kalau tengok konsert konsert yang pernah diadakan di Tawau. Tidak keterlaluan kalau aku katakan ianya on par dengan konsert konsert yang diadakan di semenanjung Malaysia

4. Keselamatan/Sekuriti

Nampaknya pihak penganjur memang menitikberatkan soal keselamatan. Tiap orang yang masuk akan diperiksa dengan teliti untuk mengelakkan dari membawa benda benda yang berbahaya.

Habis konsert aku ada tanya Rela yang bertugas dan tiada apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

5. Sebelum konsert

Aku sampai ke Stadium lebih kurang dalam jam 7pm. Masa itu keadaan stadium masih agak lengang. Timbul juga kerisauan ku yang konsert ini tidak mendapat sambutan. Tapi lama kelamaan semakin ramai yang datang. Jalan pun agak jem di luar. Suasana di luar stadium penuh dengan gelagat para peminat Search.

5. Masa konsert

Stacy memulakan persembahan sebagai ‘opening act’ tepat jam 8 malam. Aku tengok ada ramai juga yang datang kerana Stacy. So pemilihan Stacy ni memang tepat lagipun dia memang diminati ramai oleh orang Tawau.

Personally, ni first time aku dengar Stacy nyanyi secara live dan memang dia penyanyi yang bagus.

Lepas itu lebih kurang dalam jam 8.30, turn Search utk mengambil pentas. Aku memang tidak ingat running order semua lagi tapi kebanyakkan lagu yang di bawa memang lagu yg pernah aku dengar.

Overall Search telah membawakan 24 lagu sepanjang konsert termasuk 1 lagu bonus iaitu dari album solo Amy iaitu Tiada Lagi.

Dari segi persembahan tu aku rasa tidak perlu dipertikaikan lagi. Memang Search adalah otai rock Malaysia. Dari dulu sampai sekarang masih lagi bertenaga.

6. Penonton/Crowd

Di anggarkan 10 ribu orang yang hadir. Jumlah yang membanggakan sebenarnya. Aku tengok ada makcik yang siap bawak anak tengok konsert sekali.

Crowd memang happening sampai Amy Search sendiri mengakui yang crowd di Tawau lebih gila dari KL.

Memang ramai head bangers di Tawau ni sampai aku kesian tengok pakcik Rela yang bertugas berhampiran pentas kerana terpaksa menghadapi rambut rambut head bangers yang asyik berputar semasa konsert.

7. Sound System

Masa mula konsert aku berada betul betul di depan pentas. Masa itu aku tidak berapa dengar dan rasa kualiti bunyi yang sebenar. Hanya selepas aku pergi ke belakang crowd barulah aku rasa betapa bagusnya sound system malam tu. Rata rata pun ramai yang berpuas hati dengan sound system malam tu.

8. Tawau – Rock n Roll City of Sabah

Malam itu juga Amy telah mengistiharkan Tawau sebagai Bandar Rock on Roll. Pengumuman itu disanggup dengan sorak gembira oleh para peminat.

Sememangnya Tawau adalah bandar Rock n Roll. Ramai band band rock sudah mengadakan konsert di Tawau sebelum ni seperti Metalasia. Wings, May dan lain lain.

9. Kesimpulan

Good organizer, good promotion, good music, good sound system, good crowd.

Sebuah konsert yang berjaya bagi aku. Yang penting semua orang enjoy malam tu. Cuma aku sedikit kecewa kerana Search tidak menyanyikan lagu kegemaran aku iaitu Teguh.

Inilah konsert yang akan menjadi ‘benchmark’ untuk konsert konsert yang akan diadakan selepas ini di Tawau. Orang pasti akan membandingkan.

Share

1Malaysia TV : Online TV

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Web by

So sekarang ni tak perlu beli tv untuk tengok rancangan tv. Cukup beli laptop atau pc dan subscribe streamyx sebab kebanyakan TV sekarang boleh tengok secara online. Yang terbaru adalah ERAMA.TV atau dikenali juga dengan nama 1Malaysia TV. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri DS Najib baru baru ini.

Buat masa ini channel yang boleh ditonton ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah dan beberapa channel luar negara.

Untuk menonton sila klik di sini : Erama TV

 

Share

Konsert Fenomena Search 30 Tahun : 1 Hari lagi..

Posted on the December 23rd, 2011 under Internet,Tawau Bloggers,Web by

OK semua band member Search sudah berada di Tawau. Walaupun aku tidak dapat menjemput mereka di airport kerana kerja tapi aku dapat tengok kehadiran mereka melalui facebook rakan rakan.

Pagi tadi masa tengah baca tweet, tiba tiba aku ternampak satu update dari @akuamysearch seperti dibawah :

Tu dia.. rock pun rock geng.. tapi Solat Jumaat jangan dilupa. Tapi aku mmg tidak terkejut Amy tweet macam ni sebab aku tengok memang Amy sejak kebelakangan ni memang menjurus kepada agama. Nik Aziz pun minat dia.

Ok well, hari ni juga dapat Media Pass tajaan Rockstar Entertainment. TQ kepada sis Maya yang sudi memberi kami Pass Media. So besok akan duduk di tempat VIP dan akan cuba utk review perjalanan konsert dari awal hingga akhir.

Jumpa di sana

Share

Kosmo! menyifatkan Konsert Search di KL Sebagai Yang Terbaik.

Posted on the December 21st, 2011 under Internet,Tawau,Tawau Bloggers by

Konsert Search di Tawau semakin hampir. Tinggal 4 hari lagi. Pagi ni terbaca review konsert di laman web Kosmo! yang mengatakan inilah konsert terbaik Search dari segi penganjuran dan kehadiran penonton.

Siapa tau Konsert di Tawau akan lagi terbaik dari konsert di KL. Yang pasti persembahan yang sama akan dipersembahkan di Stadium Tawau 24 Disember nanti.

I’ll be there..

Share

Tiket Konsert 30 Tahun Fenomena Search Masih Di Jual

Posted on the December 20th, 2011 under Aktiviti,Web by

Persiapan konsert Search sedang giat di jalankan. Team promosi juga sedang rancak mengadakan kaunter tiket bergerak di merata tempat strategik di daerah Tawau untuk memudahkan para peminat untuk membeli tiket kerana dikhuatiri tiket akan habis pada hari Konsert berlangsung. Dengar cerita 1 Sabah mau turun tawau hujung minggu ni.

Kaunter tiket di stesen bas Tawau

Pasar Minggu Takada

Pasar Ikan Tawau

Share

Tonton BPL Secara Online Menggunakan ESPN Player

Posted on the December 18th, 2011 under Software,Tawau,Web by

Kepada pelanggan Astro Sports Package, selain daripada menonton bola secara live di TV, sekarang ni boleh juga menonton live secara online dengan menggunakan ESPN Player. Servis ini disediakan oleh ASTRO.

Apa yang perlu kamu buat adalah mendaftar di laman web Astro. Tapi perlu di ingat yang hanya mereka yang melanggan Astro Sports Package saja yang boleh access service ini. Semasa pendaftaran, nama dan nombor kad decoder Astro hendaklah di masukkan sebagai bukti yang kamu ada langgan pakej tersebut.

Lepas itu bolehlah kamu klik link Stadium Astro dan seterusnya icon ESPN Player. Tidak hanya bola, beberapa sukan lain seperti Golf, Tenis, F1 dan lain lain juga ada disiarkan secara live.

Apa yang bestnya, kamu juga boleh menonton semula perlawanan yang kamu termiss kerana ESPN Player menyediakan feature On Demand.

 
Dari segi kelajuan streaming juga memang tidak mengecewakan. Setakat yang aku cuba dengan menggunakan kelajuan 512MB, kualiti streaming mmg baik walaupun kadang kala akan ada buffering tapi itu boleh di maafkan.

 

Link : Stadium ASTRO

Share

Konsert 30 Tahun Fenomena Search Di KL Berjaya. Next Venue TAWAU!

Posted on the December 18th, 2011 under General,Tawau by

Malam tadi Konsert Search 30 Tahun Fenomena Search telah berlangsung di MIECC Mines Seri Kembangan dan pagi ini aku cuba buka group FB Konsert 30 Fenomena Search dan semuanya berpuas hati dengan persembahan Search malam tadi termasuklah kualiti sound system yang terbaik yang juga dihadiri oleh lebih kurang 15 ribu peminat.

So next venue adalah TAWAU. 24 Disember 2011 di Stadium Tawau. Apa yang Search persembahkan di KL akan juga dipersembahkan di Tawau. So tidak rugilah!..

Kredit Gambar : Group FB Konsert Fenomena Search Tawau

Di kabarkan peminat dari seluruh Sabah akan datang ke Tawau dengan bas sewa khas untuk konsert.

1 person likes this post.
Share

Things To Do When The Internet Is Down

Posted on the December 17th, 2011 under Internet,Joke by

Share

Cloud Computing = Pengkomputeran Di Awan Awangan?

Posted on the December 15th, 2011 under Internet,Web by

Pernah dengar term ni? Tidak tau apakah maksudnya? OK, aku jumpa satu video di Youtube yang bagus untuk explain semua ni.


 

Share

T-Shirt Konsert Fenomena 30 Tahun Search Sudah Di Jual

Posted on the December 15th, 2011 under Tawau,Tawau Bloggers by

Kalau kamu peminat tegar Search memang perlu beli T-Shirt sekali sebab koleksi ini sangat rare. Hanya di buat masa ini sahaja. Sampai ke tua pun boleh dijadikan kenangan.

Untuk peminat area Tawau, T-shirt ini boleh di dapati di :

Kak Ruga Cafe

Sabindo Square (Depan Stesen Bas Sandakan)

Harga : RM25 Sahaja

1 person likes this post.
Share